11: Ikhlas Dalam Kehidupan

11  Ikhlas Dalam Kehidupan

Hadis

  عَنْ أميرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قالَ: سَمِعْتُ رَسولَ اللَّهِ
يَقُولُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيِّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ
وَرَسُولِهِ ، فَهِجْرَتُهُ إِلىَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوِ امْرَأَةٍ
يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلىَ مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

(متفق عليه)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Bin Al-Khattab RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, :Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

(Muttafaqun A'laih)

 

Maksud Ikhlas

Bahasa: Berasal daripada perkataan "Akhlasa" yang bermaksud bersih dan suci daripada kotoran yang mencemarkan

Istilah: Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT tanpa menyekutukanNya dengan yang lain

 

Ciri-Ciri Orang yang Ikhlas
Istiqamah dalam melakukan kebaikan
Tidak mengharapkan pujian manusia
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT
Tidak mengingini kebaikan yang dilakukan
Sentiasa bersabar dalam kesulitan
Tidak menghiraukan kejian manusia
Mengharapkan ganjaran pahala di akhirat

 

Kepentingan Ikhlas
Mendapat perlindungan Allah SWT
Terhindar daripada hasutan syaitan
Diangkat darjat dan martabat oleh Allah SWT
Amal Ibadah diterima Allah SWT
Doanya akan dimakbulkan Allah SWT
Hidup menjadi tenang dan tenteram

 

Pengajaran Hadis
Umat Islam hendaklah berniat kerana Allah SWT dalam setiap amalan agar mendapat keredhaan Allah SWT
Umat Islam hendaklah meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada hambaNya yang ikhlas
Kita hendaklah melakukan ibadah dengan niat yang ikhlas agar ibadah kita diterima Allah SWT
Kita hendaklah menjauhi sifat riya dan ingin menunjuk-nunjuk agar amalan tidak sia-sia