Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Menaakul faktor Rhesus yang tidak sepadan terhadap kehamilan
Kumpulan Darah Manusia
10.5
Kumpulan Darah Manusia
Pengenalan
Darah manusia dikelaskan kepada kumpulan A, B, AB dan O.
Pendermaan dan penerimaan darah adalah berdasarkan kesesuaian kumpulan darah penderma dan penerima.
Ini adalah kerana penerima mempunyai antibodi dalam serum darah yang tidak boleh bertindak terhadap antigen pada sel darah merah seorang penderma.
Pemindahan darah daripada seorang penderma kepada seorang penderma perlu mengambil kira jenis kumpulan darah penderma dan penerima.
Jika darah kedua-dua penderma dan penerima tidak sepadan, maka sel darah merah penerima akan mengalami pengaglutinan (penggumpalan).
Kumpulan Darah
Kumpulan Darah A
Antigen pada sel darah merah ialah antigen A.
Antibodi dalam serum darah ialah anti-B.
Boleh menderma darah kepada kumpulan darah A dan kumpulan darah AB sahaja.
Boleh menerima darah daripada kumpulan darah A dan O sahaja.
Kumpulan Darah B
Antigen pada sel darah merah ialah antigen B.
Antibodi dalam serum darah ialah anti-A.
Boleh menderma darah kepada kumpulan darah B dan kumpulan darah AB sahaja.
Boleh menerima darah daripada kumpulan darah B dan O sahaja.
Kumpulan Darah AB
Antigen pada sel darah merah ialah antigen A dan antigen B.
TIada antibodi dalam serum darah.
Boleh menderma darah kepada kumpulan darah AB sahaja.
Boleh menerima darah daripada semua kumpulan darah.
Kumpulan Darah O
Tiada antigen pada sel darah merah.
Antibodi dalam serum darah ialah anti-A dan anti-B.
Boleh menderma darah kepada semua kumpulan darah.
Boleh menerima darah daripada O sahaja.
Faktor Rhesus
Sejenis antigen lain yang terdapat pada permukaan sel darah merah ialah faktor Rhesus (faktor Rh).
Sel darah merah individu yang mengandungi faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai Rh-positif.
Individu yang tidak mempunyai faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai Rh-negatif.
Sekiranya darah Rh-positif penderma bercampur dengan darah penerima yang Rh-negatif, darah penerima akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi Rhesus atau antibodi anti-D.
Apabila penerima menerima satu lagi dos darah Rh-positif, antibodi Rhesusnya akan menyebabkan pengaglutinan sel darah penderma.
Keadaan ini boleh membawa maut kepada penerima tersebut.
Faktor Rhesus dan Kehamilan
Lazimnya, masalah akan timbul apabila seseorang ibu Rh-negatif berkahwin dengan seorang ayah Rh-negatif berkahwin dengan seorang ayah Rh-positif dan mengandungi fetus Rh-positif.
Dalam bulan terakhir kehamilan, serpihan sel darah fetus yang mengandungi antigen D merentasi plasenta dan masuk ke dalam sistem peredaran darah ibu.
Akibatnya, sel darah putih dalam darah ibu bertindak balas dengan menghasilkan antibodi anti-D yang kemudiannya mengalir kembali plasenta ke dalam sistem peredaran darah fetus.
Antibodi tersebut boleh memusnahkan sel darah merah bayi Rh-positif sebelum atau sejurus selepas kelahiran.
Namun begitu, kepekatan antibodi yang terhasil tidak mencukupi untuk memberi kesan kepada anak pertama.
Akan tetapi, antibodi anti-D akan berkekalan dalam sistem peredaran darah ibu.
Masalah timbul jika anak kedua juga merupakan Rh-positif.
Antibodi anti-Dyang telah sedia ada dalam darah ibu akan merentasi plasenta dan memusnahkan sel darah merah fetus tersebut.
Gejala penyakit ini dikenali sebagai
erythroblastosis fetalis
.
Fetus yang kedua akan mati jika tidak diganti dengan darah Rh-negatif melalui proses pemindahan darah.
Dalam keadaan yang tidak serius, bayi mungkin menghidap anemia dan kecacatan akal.
Walau bagaimanapun, kini, masalah tersebut boleh diatasi dengan merawat ibu berkenaan dengan globulin anti-Rhesus selepas kehamilan pertama untuk menghentikan pembentukan antibodi anti-D.

Bab : Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
Topik : Menaakul faktor Rhesus yang tidak sepadan terhadap kehamilan
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Jenis Sistem Peredaran
Sistem Peredaran Manusia
Mekanisme Degupan Jantung
Mekanisme Pembekuan Darah
Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Peredaran Manusia
Sistem Limfa
Isu Kesihatan Berkaitan dengan Sistem Limfa Manusia
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Laporkan nota ini
Tuisyen Online
Belajar bersama Tutor Selebriti
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun