Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi |
- Kedua-dua sumber fizikal dan sumber teknologi saling berkait dalam operasi perniagaan sesebuah organisasi.
- Kedua-dua sumber ini perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan agar urusan pengurusan dan pengeluaran perniagaan berjalan dengan lancar untuk mencapai objektif organisasi.
- Contoh: Agensi Pengiklanan Syila Sdn Bhd.
- Syarikat merupakan sebuah agensi pengiklanan yang menyediakan iklan untuk pelanggan yang ingin terlibat dalam pengeluaran pelbagai industri dan produk.
- Syarikat menyewa bangunan dan kemudahan untuk menjalankan operasi.
- Peralatan untuk menghasilkan iklan seperti kamera dan komputer perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
- Hal ini untuk memastikan pekerja mahir dapat menggunakan kamera berteknologi tinggi dan komputer untuk menghasilkan iklan yang berkualiti.
- Syarikat juga dapat menguruskan hak cipta hasil iklan bagi pihak pelanggan agar tidak disalahgunakan oleh pesaing.
|
|