Prosedur Mengurus Sumber Teknologi |
- Pengurusan Paten:
- Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk suatu reka cipta, sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
- Semua reka cipta yang ingin dipatenkan haruslah reka cipta yang belum dizahirkan oleh mana-mana perniagaan.
- Pendaftaran paten penting kerana hak cipta perniagaan dapat dilindungi oleh undang-undang seperti Akta Paten 1983.
- Pendaftaran paten boleh dilakukan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
- Hak Cipta Terpelihara:
- Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya dalam tempoh tertentu.
- Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berdasarkan Akta Hak Cipta 1987.
- Hanya ekspresi idea yang direkodkan atau dijadikan bahan yang dizahirkan sahaja boleh diberikan perlindungan hak cipta.
- Perlindungan hak cipta bertujuan untuk memastikan hasil karya tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak lain.
- Antara karya-karya yang boleh diberikan perlindungan hak cipta ialah:
- Karya sastera.
- Karya muzik.
- Filem.
- Rakaman bunyi.
- Siaran.
- Karya terbitan.
|
|