Prosedur Mengurus Sumber Fizikal |
- Perlindungan Insurans dan Keselamatan.
- Insurans penting untuk melindungi perniagaan daripada risiko seperti kebakaran dan kecurian.
- Insurans kebakaran dapat melindungi bangunan, mesin, stok, dan kilang.
- Insurans kecurian melindungi perniagaan daripada kehilangan atau kerosakan akibat rompakan atau kecurian.
- Insurans lain yang boleh diambil seperti perlindungan wang, penghantaran stok tertangguh, perlindungan liabiliti awam.
- Dari segi keselamatan, bangunan dan kilang harus dilengkapi dengan alat pemadam api, kamera litar tertutup.
- Penyelenggaraan dan Baik Pulih Secara Terancang.
- Penyelenggaraan dan baik pulih merupakan gabungan tindakan pentadbiran dan teknikal untuk mengekalkan dan memulihkan sumber fizikal agar dapat berfungsi dengan baik.
- Mesin, peralatan teknologi maklumat dan komunkasi perlu sentiasa diselenggara secara berkala agar operasi pengeluaran berjalan lancar dan dapat menjamin kelancaran pengeluaran serta keuntungan perniagaan.
- Pengurusan baik pulih dan mesin perlu sentiasa dirancang dan dilaksanakan untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku.
|
|