Back

Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan

 
1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan
 
 
Objektif Pengurusan Sumber Manusia
  1. Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas;
    • Menggunakan teknik merekrut dan proses pemilihan yang boleh menarik calon berkelayakan menyertai sesebuah perniagaan.
    • Menghuraikan bidang tugas dengan jelas supaya pekerja menjalankan.
    • Contoh: Menjalankan sesi temuduga dalam proses pemilihan pekerja.
       
  2. Membangunkan pasukan mencapai sasaran;
    • Mewujudkan semangat berpasukan.
    • Setiap pekerja berusaha mencapai KPI pasukan sebagai petunjuk prestasi pencapaian kerja.
    • Contoh: Memaklumkan KPI setiap kumpulan pekerja yang perlu dicapai untuk melihat kecemerlangan tugas.
       
  3. Prestasi pasukan;
    • Prestasi pasukan akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti pengeluaran.
    • Meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan melalui latihan dan kursus.
    • Contoh: Mengadakan Kursus Motivasi.
       
  4. Latihan peningkatan kendiri;
    • Program latihan dan pembangunan diberi secara berterusan.
    • Program latihan dan pembangunan yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang khusus.
    • Contoh: Menyediakan program latihan amali kepada pekerja baharu.
       
  5. Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni;
    • Persekitaran kerja yang selesa dapat meningkatkan produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja.
    • Persekitaran kerja yang harmoni dapat memberi ruang menjana idea yang baru.
    • Kemudahan pejabat yang lengkap dan mesra pengguna menjadi keselesaan untuk bekerja.
       
  6. Pemantapan budaya profesional;
    • Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat wujudkan budaya profesional.
    • Budaya profesional dapat menjamin perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
    • Contoh: Konsep pengurusan Jepun Kaizen.
       
  7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi;
    • Menggalakkan pembangunan bakat pekerja bagi menambahkan kepakaran.
    • Pekerja yang kreatif dan inovatif diberi ganjaran dan penghargaan sebagai motivasi kerja mereka.
    • Contoh: Biasiswa pendidikan untuk menyambung pengajian khusus dalam bidang tugas mereka.
       
  8. Pemberian insentif munasabah;
    • Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi, motivasi dan kesetiaan pekerja.
    • Ganjaran yang sesuai dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni.
    • Contoh: Caruman KWSP / PERKESO.
       
  9. Pemberhentian pekerja;
    • Perniagaan perlu ada sistem pemberhentian yang sistematik supaya tiada pembaziran sumber manusia.
    • Pekerja yang menamatkan perkhidmatan atau diberhentikan perlu diberikan ganjaran atau pampasan yang setimpal sebagai tanda penghargaan atas sumbangan khidmat mereka.
    • Contoh: Penamatan kontrak perkhidmatan seperti persaraan atau pemecatan.