Jenis Struktur Organisasi |
1. Struktur organisasi berdasarkan fungsi |
- Digunakan secara meluas kerana mudah dibentuk dan dipraktikkan.
- Menempatkan individu mengikut kemahiran @ kepakaran dalam fungsi tertentu.
|
2. Struktur organisasi berdasarkan produk |
- Perniagaan berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis produk.
- Individu bekerja ikut pengalaman @ kemahiran dalam produk tertentu.
|
3. Struktur organisasi berdasarkan geografi / wilayah |
- Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus syarikat.
- Memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi penyelarasan jabatan @ bahagian di pelbagai wilayah.
|
4. Struktur organisasi berdasarkan pelanggan |
- Diwujudkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan.
- Biasa wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan.
|
5. Struktur organisasi berdasarkan matriks |
- Dikenali sebagai sistem berbilang arahan.
- Kombinasi struktur organisasi fungsi dan produk.
|