Sumber Teknologi |
- Harta intelek merupakan hasil kreativiti atau ciptaan daya intelek.
- Organisasi harus mengurus harta intelek untuk menjaga perniagaan daripada ancaman cetak rompak, barang tiruan, penyalahgunaan, dan penggunaan tanpa kebenaran.
- Contoh harta intelek ialah reka bentuk, lukisan, muzik, dan video.
|
- Lesen perisian merupakan perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian.
- Usahawan melakukan kesalahan jenayah perdagangan jika menggunakan perisian bukan tulen, iaitu perisian tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah undang-undang dan juga oleh pemilik perisian.
|
3. Kemahiran dan Pengalaman |
- Kemahiran dan pengalaman pekerja dalam organisasi dapat menjamin kualiti kerja yang bermutu dan meningkatkan prestasi perniagaan.
- Pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang diceburi dapat mengelakkan kesilapan semasa menjalankan tugas.
- Pekerja yang cekap, mahir, dan berpengalaman dapat meningkatkan produktiviti perniagaan dan dibayar gaji yang tinggi.
|
|