Aspek Pengelolaan Sumber Manusia |
- Penempatan Pekerja Dan Fasiliti;
- Penempatan pekerja adalah mengikut kemahiran, kebolehan, minat dan pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan.
- Menggunakan kemudahan yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan bekerja.
- Contoh: Tukang jahit memerlukan mesin jahit elektrik untuk mempercepatkan aktiviti menjahit.
- Standard Prosedur Operasi Tugas (SOP);
- SOP merupakan dokumen arahan bertulis untuk menyeragamkan pelaksanaan tugas.
- SOP dapat memastikan kerja yang dilakukan mengikut piawaian dan mengurangkan risiko bahaya kepada pekerja.
- Contoh: Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan ketika berada di tapak projek.
- Sistem Penggajian;
- Sistem penggajian yang kompetitif dapat meningkatkan motivasi pekerja.
- Jika sistem penggajian tidak adil, kesetiaan pekerja akan terganggu.
- Seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan dapat gaji yang lebih tinggi.
- Penghargaan dan Hukuman;
- Pekerja yang berprestasi tinggi perlu dibeli penghargaan.
- Pekerja yang bermasalah boleh diberi amaran dan diambil tindakan untuk memperbaiki prestasi kerja.
- Contoh: Pekerja yang cemerlang diberi anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
- Penyelesaian Masalah;
- Menjadi orang tengah sekiranya berlaku masalah perselisihan faham.
- Sentiasa adakan perbincangan secara berterusan bagi menggalakan komunikasi berkesan.
- Contoh: Jika berlaku konflik antara pekerja, pengurusan sumber manusia bertanggungjawab menyelesaikannya.
- Struktur Organisasi;
- Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab, jawatan dan deskripsi tugas.
- Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan mengikut keperluan setiap unit.
- Contoh: Carta Organisasi.
|
|