Dua Hari Raya Yang Mulia 

4.4  Dua Hari Raya Yang Mulia 
 
Pengertian Solat Sunat Aidilfitri

Solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada 1 Syawal bermula sesudah terbit matahari sehingga gelincir matahari.

 
Pengertian Solat Sunat Aidiladha

Solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada 10 Zulhijjah bermula sesudah terbit matahari sehingga gelincir matahari.

 
  • Hukum menunaikan solat sunat hari raya ialah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut agar umat Islam melakukannya.
 
Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala." 

 
Lafaz Niat Solat Sunat Aidiladha

أُصَلِّي سُنَّةَ عَيْدِ الْأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala."

 
Kaifiat solat sunat hari raya:
 

Rakaat pertama

  1. Dimulai dengan takbiratul ihram beserta niat
  2. Membaca doa iftitah
  3. Melafazkan takbir sebanyak 7 kali dan diselangi dengan bacaan tasbih
  4. Membaca surah Al-Fatihah
  5. Membaca surah (sebaik-baiknya surah Al-A'la)
  6. Menyempurnakan rakaat pertama sehingga selesai
 

Rakaat kedua

  1. Dimulai dengan takbiratul intiqalat (takbir di permulaan rakaat kedua)
  2. Melafazkan takbir sebanyak 5 kali dan diselangi dengan bacaan tasbih
  3. Membaca surah Al-Fatihah
  4. Membaca surah (sebaik-baiknya surah Al-Ghasyiyah)
  5. Menyempurnakan rakaat kedua sehingga selesai
 
Amalan solat sunat hari raya:
 

Sebelum

  • Mandi sunat hari raya
  • Memakai pakaian terbaik dan wangi-wangian
  • Makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri
  • Bersegera ke tempat dilaksanakan solat
  • Pergi dan balik menggunakan jalan yang berlainan
  • Perbanyak bertakbir
  • Ucap تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُم dan saling mendoakan serta bermaaf-maafan
  • Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang yang ditemui
  • Perbanyak bersedekah
 

Selepas

  • Bertakbir selama tiga hari tasyrik untuk Aidiladha
  • Saling ziarah menziarahi
  • Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal
  • Disunatkan makan selepas menunakan solat sunat Aidiladha
  • Melakukan ibadah korban
 

Kepentingan menunaikan solat sunat hari raya:

  • Meningkatkan syiar Islam
  • Mengingatkan kebesaran Allah SWT
  • Memantapkan semangat perjuangan Islam
  • Melahirkan masyarakat yang bersatu padu
 

Hikmah menunaikan solat sunat hari raya:

  • Dapat menzahirkan kesyukuran dan meningkatkan keimanan
  • Dapat mengukuhkan perasaan kasih sayang
  • Dapat mengeratkan silaturrahim
  • Dapat meneladani kisah pengorbanan para nabi dan rasul