Tayamum

4.1  Tayamum
 
Pengertian

Tayamum bermaksud menyapu debu tanah yang suci ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

 
Dalil Naqli

..فَلَمْ تَجِدُواْ مَآءً فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا..

Maksudnya:

"..Sedangkan kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah (debu) yang bersih.." 

(Surah Al-Maidah 5:6)

 

Rukun tayamum:

1. Berniat 

نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لِاسْتِبَاحَةِ فَرْضِ الصَّلَاةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya:

"Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala."

 
2. Menyapu debu tanah yang suci ke seluruh muka
 
3. Menyapu debu tanah yang suci pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku
 
4. Tertib
 

Sunat tayamum:

  • Membaca basmallah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
  • Menyapu muka dari atas ke bawah
  • Menipiskan debu pada tapak tangan
  • Merenggangkan jari ketika menepuk debu
  • Mendahulukan anggota kanan dari kiri
  • Menghadap kiblat
  • Membaca doa wuduk setelah selesai bertayamum
 

Sebab-sebab yang mengharuskan tayamum:

  • Tiada air setelah berusaha mencarinya
  • Ada air tetapi hanya mencukupi keperluan diri dan ternakan
  • Jarak tempat ada air terlalu jauh
  • Terhalang daripada menggunakan air disebabkan sakit atau ada musuh berdekatan tempat air
  • Cuaca terlalu sejuk sehingga memudaratkan
 

Syarat-syarat tayamum:

  • Mencari air selepas masuk waktu solat
  • Masuk waktu solat
  • Menggunakan debu tanah yang suci
  • Menghilangkan najis terlebih dahulu
 

Perkara yang membatalkan tayamum:

  • Melakukan semua perkara yang membatalkan wuduk
  • Ada air selepas bertayamum sebelum solat
  • Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air
  • Telah luput waktu solat
  • Murtad
 

Tatacara bertayamum:

  1. Tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci
  2. Nipiskan debu pada kedua-dua tangan
  3. Sapukan debu suci ke muka sambil berniat
  4. Ulang tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci dan nipiskannya
  5. Sapukan debu yang suci pada tapak tangan kiri ke bahagian bawah tapak tangan kanan hingga ke siku
  6. Ulang menyapukan debu yang suci pada tapak tangan kanan ke bahagian bawah tapak tangan kiri hingga selesai
 

Kepentingan tayamum:

  • Kemudahan kepada umat Islam untuk menggantikan wuduk dan mandi wajib dalam keadaan-keadaan tertentu
  • Memastikan umat Islam tidak sewenang-wenangnya  meninggalkan ibadah dengan sengaja
  • Menghilangkan kepayahan dan kesulitan
  • Menyucikan jiwa manusia
  • Umat Islam diseru sentiasa berada dalam keadaan suci