Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah

4.2  Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah
 
Pengertian Solat Berjemaah

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai dengan diketuai oleh seorang imam.

 
Lafaz dan Niat sebagai Imam

أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya:

"Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai imam kerana Allah Taala."

 
Lafaz dan Niat sebagai Makmum 

أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya:

"Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai makmum kerana Allah Taala."

 

Hukum menunaikan solat berjemaah:

  • Fardu kifayah bagi solat fardu
  • Fardu ain bagi solat Jumaat
 

Kelebihan solat berjemaah:

  • Menambah khusyuk dalam solat
  • Beroleh pahala 27 kali ganda
  • Dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW
  • Mengukuhkan ukhuwah sesama umat Islam
  • Mendapatkan keberkatan di dunia dan di akhirat
 

Kepentingan solat berjemaah:

  • Meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama
  • Membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua
  • Melatih diri menepati masa
  • Menambah rasa kasih sayang dan hormat-menghormati tanpa mengira darjat
 

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

  • Perbuatan zahir imam dan makmum sama
  • Makmum mengikut imam
  • Makmum mengetahui pergerakan imam
  • Makmum dan imam berhimpun dalam satu tempat tanpa berpisah
  • Makmum tidak tertinggal daripada mengikut pergerakan imam sebanyak dua rukun tanpa keuzuran atau tiga rukun panjang dengan keuzuran
  • Perbuatan sunat makmum dan imam tidak bercanggah secara ketara kecuali qunut
  • Makmum berniat mengikut imam
  • Makmum yakin solat imam sah
  • Solat imam bukan dalam kategori solat yang wajib diulang
  • Martabat imam dari sudut jantina tidak kurang daripada makmum
  • Imam tidak ammi (buta huruf) sedangkan makmum pula baik bacaannya
  • Imam yang diikuti tidak mengikut imam lain
 
Makmum Muafik 
 
Pengertian

Makmum yang sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.

 
Tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum muafik yang tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-Fatihah:
 
  • Jika makmum tidak sempat menyempurnakannya disebabkan halangan tertentu seperti bacaan makmum terlalu lambat, makmum tidak boleh rukuk bersama-sama imam. Sebaliknya, makmum hendaklah menyempurnakaan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk.
  • Namun, jika makmum terlalu lambat sehingga imam sudah berdiri semula untuk rakaat seterusnya, makmum hendaklah terus menyempurnakan bacaan Al-Fatihah. Walau bagaimanapun, rakaat tersebut masih dikira sebagai rakaat pertama baginya.
 
Contoh

Makmum bertakbiratul ihram, sejurus selepas imam bertakbiratul ihram, maka makmum hendaklah membaca Al-Fatihah sehingga sempurna.

 
Makmum Masbuk
 
Pengertian

Makmum yang tidak sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.

 
Tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum masbuk: 
 
  • Makmum terus bertakbir sambil berniat, berdiri sekejap dan terus rukuk bersama-sama dengan imam
  • Jika makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum memperoleh rakaat tersebut. Bacaan Al-Fatihah makmum dianggap selesai dengan bacaan imam
  • Jika makmum tidak sempat melakukannya, makmum tidak memperoleh rakaat tersebut