Jumaat Penuh Barakah 

4.3  Jumaat Penuh Barakah 
 
Pengertian Solat Jumaat

Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada hari Jumaat, dalam waktu zohor dengan didahului dengan dua khutbah.

 
Dalil Naqli Solat Jumaat

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: 

"Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu diseru untuk melakukan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

(Surah Al-Jumu'ah 62:9)

 
  • Hukum solat Jumaat adalah fardu ain bagi lelaki Muslim yang cukup syarat.
 
Lafaz dan Niat Solat Jumaat 

أُصَلِّى فَرْضَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya:

"Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat tunai sebagai makmum kerana Allah Taala."

 

Syarat sah solat Jumaat:

  • Didirikan di dalam binaan yang khusus seperti masjid
  • Bilangan jemaah yang cukup syarat tidak kurang daripada 40 orang termasuk imam dari permulaan khutbah sehingga selesai solat Jumaat
  • Didirikan dalam waktu zohor
  • Tidak boleh didirikan dua solat Jumaat pada satu tempat
  • Didirikan secara berjemaah
  • Didahului dengan dua khutbah
  • Belum didirikan solat Jumaat di kariah yang sama sebelumnya
 

Syarat wajib solat Jumaat:

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Lelaki
  • Sihat tubuh badan
  • Bermukim, tidak wajib bagi yang musafir
  • Merdeka
 

Amalan sunat sebelum solat Jumaat:

  • Memotong kuku
  • Memotong atau mencabut bulu-bulu di badan
  • Mandi sunat Jumaat
  • Memakai pakaian terbaik
  • Memakai wangi-wangian
  • Bersegera ke masjid
  • Iktikaf di dalam masjid
  • Solat sunat tahiyatul masjid
  • Banyakkan membaca al-Quran, berzikir dan berselawat
  • Diam mendengar khutbah
 

Perkara yang dilarang ketika khutbah:

  • Tidur
  • Bermain dan bergurau
  • Bermain telefon
  • Bercakap
 

Hikmah solat Jumaat:

  • Melatih diri menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah SWT
  • Merapatkan ukhuwah dan memupuk perasaan kasih sayang
  • Mendengar nasihat, teguran, bimbingan dan pedoman daripada khutbah
  • Mendapat pahala dan ganjaran yang besar
  • Melatih diri melakukan perkara yang baik secara berjemaah
  • Lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam