4.2 |
Solat Berjemaah Membentuk Kekuatan Ummah |
|
|
Pengertian Solat Berjemaah |
Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai dengan diketuai oleh seorang imam.
|
|
|
Lafaz dan Niat sebagai Imam |
أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
|
Maksudnya:
"Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai imam kerana Allah Taala."
|
|
|
Lafaz dan Niat sebagai Makmum |
أُصَلِّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
|
Maksudnya:
"Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai makmum kerana Allah Taala."
|
|
|
Hukum menunaikan solat berjemaah:
- Fardu kifayah bagi solat fardu
- Fardu ain bagi solat Jumaat
|
|
Kelebihan solat berjemaah:
- Menambah khusyuk dalam solat
- Beroleh pahala 27 kali ganda
- Dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW
- Mengukuhkan ukhuwah sesama umat Islam
- Mendapatkan keberkatan di dunia dan di akhirat
|
|
Kepentingan solat berjemaah:
- Meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama
- Membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua
- Melatih diri menepati masa
- Menambah rasa kasih sayang dan hormat-menghormati tanpa mengira darjat
|
|
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
- Perbuatan zahir imam dan makmum sama
- Makmum mengikut imam
- Makmum mengetahui pergerakan imam
- Makmum dan imam berhimpun dalam satu tempat tanpa berpisah
- Makmum tidak tertinggal daripada mengikut pergerakan imam sebanyak dua rukun tanpa keuzuran atau tiga rukun panjang dengan keuzuran
- Perbuatan sunat makmum dan imam tidak bercanggah secara ketara kecuali qunut
- Makmum berniat mengikut imam
- Makmum yakin solat imam sah
- Solat imam bukan dalam kategori solat yang wajib diulang
- Martabat imam dari sudut jantina tidak kurang daripada makmum
- Imam tidak ammi (buta huruf) sedangkan makmum pula baik bacaannya
- Imam yang diikuti tidak mengikut imam lain
|
|
Makmum Muafik |
|
Pengertian |
Makmum yang sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
|
|
|
Tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum muafik yang tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-Fatihah: |
|
- Jika makmum tidak sempat menyempurnakannya disebabkan halangan tertentu seperti bacaan makmum terlalu lambat, makmum tidak boleh rukuk bersama-sama imam. Sebaliknya, makmum hendaklah menyempurnakaan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk.
- Namun, jika makmum terlalu lambat sehingga imam sudah berdiri semula untuk rakaat seterusnya, makmum hendaklah terus menyempurnakan bacaan Al-Fatihah. Walau bagaimanapun, rakaat tersebut masih dikira sebagai rakaat pertama baginya.
|
|
Contoh |
Makmum bertakbiratul ihram, sejurus selepas imam bertakbiratul ihram, maka makmum hendaklah membaca Al-Fatihah sehingga sempurna.
|
|
|
Makmum Masbuk |
|
Pengertian |
Makmum yang tidak sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
|
|
|
Tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum masbuk: |
|
- Makmum terus bertakbir sambil berniat, berdiri sekejap dan terus rukuk bersama-sama dengan imam
- Jika makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum memperoleh rakaat tersebut. Bacaan Al-Fatihah makmum dianggap selesai dengan bacaan imam
- Jika makmum tidak sempat melakukannya, makmum tidak memperoleh rakaat tersebut
|
|
|