Jawi: نڬارا چنتيق بوديا مناريق

 

نڬارا چنتيق بوديا مناريق 

22

 Gambar sebuah rajah:  IMBUHAN APITAN  • Persekolahan • Perjalanan • Menunaikan • Bersarapan • Seharian • Persatuan  • Kebangsaan • Mengadakan • Dilawati • Meneruskan

 

   1 تيک س  

 Gambar sebuah rajah:  Batik merupakan kraf tradisional yang unik. Banyak dihasilkan dengan menggunakan bahan yang bersesuaian. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni yang tinggi mutunya.  Sejarah perkembangan perusahaan batik di tanah air bermula di negeri Kelantan dan Terengganu. Akhirnya, perusahaan ini dikembangkan  ke negeri-negeri lain di negara ini.  Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat terhadap persekitaran. Kesimpulannya, penciptaan motif banyak berkaitan antara manusia dan alam.

 
 
 

   2 تيک س  

 Gambar sebuah rajah:  Kalau kail pancing sejengkal, Jangan diduga lautan bergelora, Semua ujian menggunakan akal, Agar kehidupan tidak sengsara.  Sorong papan tarik papan, Buah kerinci dalam perahu, Ilmu yang baik hendaklah diamalkan, Hidup akan dihormati selalu.  Pucuk pauh delima batu, Ikan sembilang sedap dimakan, Tinggal berjiran saling membantu,  Semua masalah dapat diringankan.
 
 
 

   3 تيک س  

 Gambar sebuah rajah:  Kanangan terindah  Pada hujung persekolahan yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah mengadakan lawatan sambil belajar. Tempat yang dilawati ialah ibu kota Kuala Lumpur.  Rombongan kami seramai 80 orang iaitu, sebanyak dua buah bas yang terdiri daripada guru, murid dan ibu bapa. Perjalanan kami mengambil masa selama 5 jam. Oleh sebab perjalanan pada waktu malam, kami hanya tidur di sepanjang perjalanan tersebut.  Kami sampai di Kuala Lumpur sebelum waktu Subuh. Kami menunaikan solat Subuh di Masjid Negara. Usai bersarapan, kami melawat Taman Rama-Rama, Pusat Islam, Muzium Islam, Zoo Negara. Setelah seharian kami berjalan, kami tidur di Hotel Bintang untuk berehat dan menerukan lawatan pada hari kedua nanti.
 
 
 

   4 تيک س  

 Gambar sebuah rajah:  Faedah pelancongan  Melancong bermaksud melawat dan melihat sesuatu tempat. Tempat yang biasa dilawati ialah tempat yang menarik hati dari segi keindahan, pemandangan dan sejarah. Melancong dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.  Melancong dapat memberikan peluang kepada kita untuk mengetahui kebudayaan dan adat resam sesuatu temoat. Di samping itu, kita juga boleh memperkenalkan negara kita kepada orang luar.  Pelancongan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah negeri.