Sirah: Keunggulan Sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW

 

14

 Keunggulan Sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW

 Gambar sebuah rajah:  TABLIGH  BERMAKSUD MENYAMPAIKAN  SALAH SATU SIFAT WAJIB PARA NABI  MENYAMPAIKAN WAHYU YANG DITERIMA DARIPADA ALLAH SWT KEPADA UMAT MEREKA

Erti Tabligh
  • Tabligh bermaksud menyampaikan.
  • Tabligh merupakan salah satu sifat wajib para nabi.
  • Mereka menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah kepada umat mereka.
  • Nabi Muhammad SAW gigih berdakwah menyampaikan ajaran Islam walaupun menerima tentangan hebat kaum musyrikin.
  • Sebagai umat Islam kita bertanggungjawab menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain.
 
 
Hadis Nabi 

balighuu eaniy walaw ayatan ( rawah albukhariu )

Maksudnya : "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat."

 

Keunggulan Sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW

 
Penerangan Cabaran Tindakan Nabi Muhammad SAW
Dakwah secara rahsia

Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah kepada orang yang rapat dengan baginda setelah diperintahkan Allah.

 Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah AS memeluk Islam.

 Ada yang tidak menerima dakwah baginda termasuk Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad SAW.

Amanah memikul tanggung-

jawab bertabligh, tidak putus asa.

Peristiwa di Bukit Safa
Nabi Muhammad SAW naik ke Bukit Safa menyeru penduduk Mekah beriman kepada Allah.

Kaum musyrikin marah, mencaci, menghina dan memulau Nabi Muhammad SAW dan keluarga.

Abu Lahab, bapa saudara Nabi Muhammad SAW selalu menyakiti baginda.

Sangat sabar dan tenang menghadapi cabaran, merancang strategi dakwah yang lebih meluas.
Peristiwa di Tha'if
Semasa di Tha'if, baginda berdakwah untuk sampaikan ajaran Islam. Diejek, dihina, dan dilontar batu sehingga cedera dan berdarah. Semakin cekal berdakwah dan tidak membalas dengan kekerasan.
Berdakwah dengan penulisan
Baginda mengutus surat untuk sampaikan ajaran Islam kepada raja dan pemimpin negara seperti raja Rom, Habsyah, Parisi dan Mesir. Sebahagian besar menolak dan menentang ajaran Islam, ada yang mengancam memerangi umat Islam. Tugas dakwah diteruskan dan negara Madinah diperkukuh.
 
 

Kepentingan Nabi Muhammad SAW Bersifat Tabligh

Gambar sebuah rajah:  Kepentingan Nabi Muhammad SAW Bersifat Tabligh  1.Ajaran Islam tersebar luas 2. Semakin banyak meninggalkan penyembahan berhala 3. Amalan jahiliyyah seperti menilik nasib dihapuskan 4. Akhlak mulia diamalkan dalam kehidupan
 
 

Mengaplikasikan Sifat Tabligh 

  • Sentiasa melakukan sumbang saran pengetahuan sedia ada tentang sifat tabligh.
  • Jelas akan erti hadis Nabi dengan memberikan contoh tindakan yang boleh dilakukan.
  • Berkongsi contoh cerita Nabi Muhammad SAW yang membuktikan keunggulan sifat tabligh.
  • Menjelaskan tentang kisah Nabi Muhammad SAW secara terperinci kepada murid.
  • Menyenaraikan akhlak terpuji Nabi Muhammad SAW daripada dakwah secara rahsia, peristiwa di Bukit Safa, peristiwa di Tha'if, dan juga berdakwah dengan penulisan.
  • Berbincang akan cara mengaplikasikan sifat tabligh dalam kehidupan.
  • Jelas akan setiap kebaikan dan cabaran boleh diatasi dengan tindakan yang bersesuaian.
  • Digalakkan supaya mengaplikasikan sifat tabligh seperti menyebarkan ilmu kepada rakan melalui media sosial yang bersesuaian.