Sirah: Keperibadian Nabi Muhammad SAW

 

15

 Keperibadian Nabi Muhammad SAW Dalam Hidup Bermasyarakat

 

 Gambar sebuah rajah:  KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW MENGHADAPI PENENTANGAN MASYARAKAT MEKAH  BIJAK MERANCANG  SABAR DAN TABAH  BERPENDIRIAN TEGUH

Cara Hidup Masyarakat Jahiliyyah Sebelum Nabi Muhammad SAW Menjadi Rasul

 
Cara Hidup Penerangan
Kisah
  • Hidup berpuak-puak dan berpecah-belah
  • Pergaduhan dan peperangan sering tercetus antara qabilah kerana merebut harta dan kuasa.
Kepercayaan
  • Menyekutukan Allah dengan menyembah berhala.
  • Percaya berhala adalah tempat memohon pertolongan.
  • Percaya kepada perkara-perkara khurafat. 
Cara Hidup
  • Minum arak
  • Berjudi 
  • Berbohong
  • Menilik nasib
  • Membunuh anak perempuan
 
 

Keperibadian Nabi Muhammad SAW Sebelum Menjadi Rasul

 Gambar sebuah rajah:  1. Amanah  Terkenal dengan sifat Amanah sehingga diberikan kepercayaan menguruskan perniagaan Khadijah.  2. Sentiasa bercakap benar dan adil  Nabi Muhammad SAW tidak pernah berbohong dan pilih kasih.  Sifat terpuji ini menyebabkan baginda diberi kepercayaan mengadili perbalahan antara qabilah ketika meletakkan Hajarul Aswad.  3. Tidak suka membuang masa  Sejak kecil lagi, hidup baginda terisi dengan perkara yang berfaedah. Baginda sangat rajin membantu Halimatun Saadiah, ibu susuannya, mengembala kambing.  4. Penyantun  Baginda sentiasa bermanis muka dan berlemah lembut dalam percakapan. Sikap baginda ini sangat disenangi dan dihormati ramai. Baginda juga terkenal dengan sifat pemaaf dan dermawan.
 
 

Keperibadian Nabi Muhammad SAW Dalam Menghadapi Penentangan Masyarakat Mekah

 
Keperibadian Nabi Muhammad SAW Cara Nabi Muhammad menghadapi penentangan
Sabar dan tabah
  • Abu Lahab, bapa saudara Nabi Muhammad SAW dan isterinya menentang dakwah baginda. 
  • Mereka menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai pendusta.
  • Namun, baginda tidak patah semangat dan sentiasa berbuat baik kepada mereka.
Berpendirian teguh
  • Nabi Muhammad SAW ditawarkan harta yang banyak jika menyembah berhala.
  • Baginda menolak tawaran tersebut dengan tegas dan meneruskan dakwah dengan cekal.
Bijak merancang
  • Baginda diperintahkan Allah berhijrah ke Madinah ketika Abu Jahal dan sekutunya merancang membunuh Nabi Muhammad SAW.
  • Baginda memilih jalan keselamatan untuk ke Madinah walaupun Madinah terletak di utara Mekah untuk mengelirukan musuh.
  • Sesampainya di Madinah, baginda merancang usaha dakwah yang lebih meluas. 
 
 
 
Kepentingan Mengamalkan Akhlak Nabi Muhammad SAW Dalam Hidup Masyarakat
 

Gambar sebuah rajah:  Kepentingan Akhlak Nabi Muhammad SAW Dalam Hidup Masyarakat  1. Disayangi ibu bapa  2. Disenangi guru  3. Disenangi rakan dan lawan  4. Dapat menghindari permusuhan  5. Hidup dalam keadaan aman damai  6. Dipayungi rahmat Allah

 
 
 
Menjadikan Nabi Muhammad SAW Sebagai Panduan Hidup
  • Antara nilai murni yang dipelajari adalah permusuhan dijauhi, hidup harmoni.
  • Boleh membezakan kehidupan masyarakat arab jahiliyyah dengan ajaran Islam.
  • Menyedari bahawa Nabi Muhammad SAW memiliki jati diri dan tidak terpengaruh dengan suasana keruntuhan akhlak.
  • Mencari maklumat tentang peristiwa Hajarul Aswad dan berkongsi kepada rakan di dalam kelas.
  • Menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan apabila berhadapan dengan rakan kelas yang suka bergaduh dan mencaci.
  • Mendorong diri dan rakan-rakan agar tidak melakukan perbuatan buli.
  • Jelas akan kepentingan mengamalkan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan.
  • Mempelbagaikan aktiviti dan situasi untuk membantu memantapkan pemahaman terhadap kepentingan mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW.
  • Digalak untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan.