|
|
|
Struktur kawalan merupakan arahan-arahan dalam susunan linear digunakan untuk mendapatkan input pengguna, memaparkan hasil atau output atau mengisytiharkan dan mengumpukkan nilai-nilai bagi pemboleh ubah. |
|
1.4.1 Struktur Kawalan Pilihan |
|
1. Kawalan pilihan ialah mekanisma yang membolehkan keputusan atau pemilihan dibuat secara automatik. |
|
2. Penyataan bersyarat boolean ialah penyataan tentang komputer membuat keputusan. |
|
3. Syarat boolean membolehkan perbandingan pemboleh ubah, sifat objek atau nilai yang dilakukan melalui operator hubungan atau operator logikal. |
|
Nilai Boolean |
|
1. Data jenis boolean hanya mempunyai 2 nilai yang mungkin iaitu Ya/Benar (True) atau Tidak/Palsu (False). |
|
2. Penyataan bersyarat boolean ditulis menggunakan struktur kawalan pilihan. |
|
Kawalan Pilihan If |
|
1. Hanya akan melaksanakan penyataan-penyataan tertentu seperti memproses data melalui ungkapan sekiranya syarat adalah benar. |
|
Kawalan Pilihan If-Else-If |
|
1. Membuat keputusan yang lebih kompleks. |
|
2. Mencuba syarat boolean yang baharu sekiranya syarat terdahulu menghasilkan keputusan palsu. |
|
3. Sekiranya syarat boolean menghasilkan keputusan benar, penyataan akan dilaksanakan. Syarat boolean yang lain tidak akan diuji. |
|
Kawalan Pilihan Switch-Case |
|
1. Untuk mengatasi kekurangan penggunaan if-else-if. |
|
2. Lebih mudah difahami kerana nilai ujian dalam ‘Select Case’ dipadankan dengan beberapa calon ‘Case’. |
|
3. ‘Switch’ ialah ungkapan nombor, abjad atau rentetan. |
|
4. ‘Case’ mengandungi nilai masing-masing yang akan dipadankan dengan ujian. |
|
5. ‘Break’ digunakan sebagai arahan untuk keluar dari blok ‘Switch’. Jika ungkapan ‘Break’ tidak disertakan, kumpulan penyataan selepas ‘Break’ akan turut dilaksanakan. |
|
6. ‘Default’ dimasukkan dalam blok sebagai langkah tambahan. |
|
1.4.2 Operator Hubungan Dan Operator Logikal Dalam Struktur Kawalan Pilihan |
|
1. Terdapat dua kategori operator yang sering digunakan dalam ungkapan syarat iaitu operator hubungan dan operator logikal. |
|
2. Operator hubungan digunakan untuk tujuan membuat perbandingan. |
|
3. Operator logikal digunakan untuk menghasilkan beberapa ungkapan boolean bagi meghasilkan syarat yang lebih kompleks. |
|
4. Selain itu, Operator-operator logikal yang lazim digunakan AND, OR dan NOT. |
|
Operator Logikal AND |
|
- Digunakan apabila 2 atau lebih syarat boolean digabungkan dan kesemua syarat perlu benar.
- Ditulis menggunakan simbol “&&”
|
|
Operator Logikal OR |
|
- Digunakan apabila 2 atau lebih syarat boolean perlu digabungkan dan hanya salah 1 syarat boolean perlu benar.
- Ditulis menggunakan simbol “| |”.
|
|
Operator Logikal NOT |
|
- Menukarkan nilai boolean kepada lawannya.
- Ditulis menggunakan simbol “!”.
|
|
5. Penggabungan Operator Hubungan Dan Operator Logikal Dalam Struktur Kawalan Pilihan |
|
- Operator hubungan dan operator logikal boleh digabungkan dalam struktur kawalan pilihan.
|
|
1.4.3 Struktur Kawalan Ulangan |
|
1. Jenis-jenis struktur kawalan ulangan: |
|
- Ulangan berasaskan pembilang
- Ulangan berasaskan syarat
|
|
2. Kawalan Ulangan For |
|
- Untuk bilangan tertentu.
- Ditentukan oleh pemboleh ubah pembilang yang bermula dengan nombor indeks tertentu.
- Nombor indeks akan ditambah secara automatic pada akhir blok penyataan.
- Penambahan akan dibuat setiap kali blok kenyataan telah diulang dan akan berlanjutan sehingga syarat boolean berulang menjadi tidak benar.
|
|
3. Kawalan Ulangan While |
|
- Membuat ujian terlebih dahulu ke atas input.
- Jika memenuhi syarat boolean, blok arahan dalam gelung akan dilaksanakan.
- Jika syarat tidak dipenuhi, kawalan ulangan akan berhenti dan kawalan akan bergerak ke baris arahan selepas kawalan ulangan.
|
|
4. Kawalan Ulangan Do-While |
|
- Menyerupai ulangan while.
- Yang membezakan ialah membuat ujian selepas blok arahan dalam gelung dilaksanakan.
- Kawalan ulangan do-while memberikan jaminan bahawa blok arahan akan dilaksanakan walaupun sekali.
|
|
1.4.4 Struktur Kawalan Ulangan Yang Melibatkan Operator Increment Dan Decrement, Class Math Dan Boolean |
|
1. Operator Increment (++) Dan Decrement (--) |
|
- Digunakan dalam kawalan ulangan sebagai pembilang.
- Operator increment (++) ialah penambahan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor tertentu.
- Operator decrement (--) pula mngurangkan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor tertentu.
|
|
2. Math.random () |
|
- Math.random() ialah subatur cara Java untuk menjana nombor secara rambang.
- Menggunakan waktu sistem sebagai nilai benih untuk memulakan penjanaan nombor rambang.
|
|
3. Bendera Boolean |
|
- Satu pemboleh ubah boolean digunakan untuk mengawal ulangan.
- Pemboleh ubah ini beroperasi sebagai flag atau bendera penentu.
- Pengguna akan ditanya sama ada ingin meneruskan atur cara itu lagi atau tidak.
|
|
4. Pembilang |
|
- Digunakan untuk membuat pengiraan dalam penyelesaian masalah.
|