Institusi Yang di-Pertuan Agong
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Baginda dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di sembilan buah negeri Melayu: Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan.
Pemilihan dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja mengikut kaedah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja.
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
Kedudukan baginda termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan sebagai Ketua Utama Negara.
Baginda menjadi punca kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara. Institusi beraja memayungi rakyat melangkaui agama, bangsa, budaya, dan fahaman politik serta menjadi lambang kedaulatan negara.
Pertama: Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan) [31 Ogos 1957 – 1 April 1960]
Kedua: Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (Selangor) [14 April 1960 – 1 September 1960]
Ketiga: Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Perlis) [21 September 1960 – 20 September 1965]
Keempat: Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu) [21 September 1965 – 20 September 1970]
Kelima: Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Kedah) [21 September 1970 – 20 September 1975]
Keenam: Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Kelantan) [21 September 1975 – 29 Mac 1979]
Ketujuh: Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah (Pahang) [26 April 1979 – 25 April 1984]
Kelapan: Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (Johor) [26 April 1984 – 25 April 1989]
Kesembilan: Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (Perak) [26 April 1989 – 25 April 1994]
Kesepuluh: Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan) [26 April 1994 – 25 April 1999]
Kesebelas: Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (Selangor) [26 April 1999 – 21 November 2001]
Kedua belas: Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Perlis) [13 Disember 2001 – 12 Disember 2006]
Ketiga belas: Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Terengganu) [13 Disember 2006 – 12 Disember 2011]
Keempat belas: Almarhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Kedah) [13 Disember 2011 – 12 Disember 2016]
Kelima belas: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V (Kelantan) [13 Disember 2016 – 6 Januari 2019]
Keenam belas: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Pahang) [31 Januari 2019 – 30 Januari 2024]
Ketujuh belas: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (Johor) [mulai 31 Januari 2024]