Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

8.1

Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

 
  • Kerajaan Kedah

 
-Diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari Parsi.
 
 
  • Kerajaan Kelantan

 

Kelantan merupakan sebuah wilayah yang pernah dikuasai dan bergabung dengan kerajaan Patani. Pengasasan kerajaan Kelantan merupakan hasil daripada penyatuan dua wilayahnya oleh putera pemerintah tempatan.

 
  • Kerajaan Negeri Sembilan

 

Kehadiran masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan telah membawa kepada pengasasan kerajaan Negeri Sembilan oleh Raja Melewar.

 
 
  • Kerajaan Perlis 

Pelantikan Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah merupakan asas kepada pembentukan kerajaan Perlis.

 
 
8.2

Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

 
  • Asas Hubungan
 

Tujuan

-Pada peringkat awal pengasasan, setiap kerajaan menjalinkan hubungan luar kerana hendak memperkukuh kedaulatan.

 
1. Keserumpunan
 

Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya mendorong wujud hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Persamaan ini memudahkan interaksi sesama kerajaan.

 
2. Geografi
 

-Sempadan antara negeri yang berjiran memudahkan perhubungan.

-Sungai penting sebagai laluan perhubungan yang dikongsi secara bersama-sama antara negeri.

-Pembentukan pelabuhan di pinggir sungai telah menggalakkan hubungan dengan negeri berjiran dan kuasa luar.

 
3. Agama
 

-Berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah.

-Diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama.

-Berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah. 

 
  • Hubungan Diplomatik
 

Cara Jalinan Hubungan Diplomatik :-

 
1. Pengiktirafan
 

Pengiktirafan bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah. Hal ini mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama.

 
2. Pertahanan
 

Hubungan pertahanan yang diwujudkan dapat mengekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan daripada campur tangan kuasa lain.

 
3. Perkahwinan
 

Perkahwinan diraja akan mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan.

 
  • Hubungan Perdagangan
 
1. Pelabuhan
 

Pelabuhan asas kepada pembentukan hubungan dengan pedagang tempatan seperti Melaka, Perak dan Johor serta pedagang luar dari Siam, China, Arab dan Kemboja.

E.g : Negeri Sembilan -Pangkalan di Sungai Linggi.

                                    -Pedagang Rembau menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar.

 
2. Barang Dagangan
 

Kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian jenis barang dagangan menjadi tarikan pedagang tempatan dan dari luar Alam Melayu. Keperluan terhadap barang dagangan ini mendorong berlakunya hubungan perdagangan antara kerajaan.

E.g : 

1. Kedah memperdagangkan beras, garam, damar, kapur barus dan emas urai. Manakala pedagang dari Perak dan Melaka membawa barang dagangan seperti arang kayu, papan dan ikan kering.

2. Negeri Sembilan memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus dengan Johor dan Melaka.