Hari 1 - 5: Fasa haid
Lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa terluluh dan disingkirkan apabila haid bermula.
Hari 6- 11: Fasa pemulihan
Dinding uterus mula dibina semula dan menebal.
Salur darah pada dinding uterus mula terbentuk dan bersedia untuk menerima penempelan sel yang telah disenyawakan.
Hari 12 - 17: Fasa subur
Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid (pengovulan).
Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Jika ada sperma, persenyawaan mungkin berlaku.
Hari 18 - 28: Fasa prahaid
Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah.
Jika berlaku persenyawaan, penempelan embrio akan terjadi di dinding uterus.
Kitar haid akan berulang semula sekiranya persenyawaan tidak berlaku.
Cabar rakan anda dalam Kuiz Battle
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.