Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan Bagi Produk dan Perkhidmatan

 
6.8 Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan Bagi Produk dan Perkhidmatan
 

Pemasaran & Jualan bagi produk dan perkhidmatan perlu mengambil kira aspek CAMPURAN PEMASARAN (4P)

1. Product (Produk)

  • Perlu tahu ciri-ciri kekuatan & bentuk fizikal produk. Cth: jenama, pembungkusan, saiz dan kualiti
  • Bagi perkhidmatan yang ditawarkan, perlu tahu pakej yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan dan waktu operasi

2. Place (Agihan/Tempat Dipasarkan)

  • Strategik
  • Kemudahan infrastruktur lengkap, kemudahan pengangkutan cekap, berhampiran pelanggan, saluran agihan sesuai dengan produk

3. Price (Harga)

  • Berpatutan
  • Perlu pertimbangkan permintaan pengguna, kos pengeluaran, persaingan harga
  • Tawar diskaun kepada pembeli untuk tarik minat

4. Promotion (Promosi)

  • Proses/kaedah memberitahu,menyedarkan, memujuk & pengaruhi pengguna untuk membeli.
  • Promosi yang berkesan : boleh kekalkan kesetiaan pengguna
  • Perlu pilih kaedah promosi yang sesuai:
    (a) Pengiklanan
    (b) Jualan langsung
    (c) Promosi jualan
    (d) Publisiti
 
 

Pengiklanan

  • Cara komunikasi Pemasaran utk beritahu & pujuk pengguna utk membeli.
  • Media Pengiklanan melalui media bercetak / media elektronik.
  • Tujuan:
    i- Perkenal barangan baru
    ii- Ingatkan barangan sedia ada
    iii- Kekalkan pasaran barangan
    iv- Jadikan barang lebih popular
    v- Jadikan imej barangan lebih baik
    vi- Tingkatkan jualan
    vii- Bantu pelanggan dapatkan maklumat sesuatu barang
  • Contoh:
    - Surat khabar
    - Majalah
    - Risalah
    - TV
    - Radio
 

Jualan langsung

  • Kaedah Jualan yg libatkan interaksi & pertemuan secara peribadi.
  • Dari penjual terus kepada bakal pelanggan.
  • Penjual dapat maklum balas segera.
  • Pengguna dapat layanan peribadi dan boleh bersoal jawab dengan juru jual.
  • Jurujual mendapat komisen mengikut jualan yang dibuatnya
  • Contoh:
    - Promoter jualan
    - Jurujual
 

Promosi jualan

  • Pelbagai insentif utk tarik minat pengguna supaya menambah belian.
  • Kaedah galakan jualan bagi tempoh yang singkat untuk tarik pelanggan baru
  • Contoh:
    - Cabutan bertuah
    - Diskaun
    - Pemberian Kupon
    - Sampel percuma
 

Publisiti

  • Maklumat produk disalurkan melalui media massa.
  • Kos siaran ditanggung pihak media massa.
  • Maklumat dikawal sepenuhnya oleh syarikat media
  • Mesej yg disampaikan mempunyai kredibiliti tinggi.
  • Contoh:
    Pihak akhbar melaporkan rekaan terkini telefon bimbit dari segi kelebihan dan kelemahan.