Dokumen Perniagaan yang Perlu Disimpan

 
6.4 Dokumen Perniagaan yang Perlu Disimpan
 

Dokumen Perniagaan

  • Sumber rujukan pada masa hadapan
  • Sumber rekod maklumat urus niaga perniagaan (tunai / hutang)
  • Dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga yang telah berlaku
  • Sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutang dalam perniagaan
  • Wajib difailkan secara bersistematik bagi memudahkan penyediaan Penyata Kewangan.
 
 

Rekod Transaksi Bank

  • Penyata bulanan yg dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa (peniaga).
  • Menyenaraikan urus niaga yang dibuat melalui bank.
  • Cth: Penyata Bank
 

Rekod Jualan

  • Dokumen yang menunjukkan catatan aktiviti jualan.
  • Cth: Bil Tunai (salinan), Resit (salinan), Invois (salinan), Slip Daftar Tunai (salinan)
 

Rekod Pembelian

  • Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti pembelian.
  • Cth: Bil Tunai (asal), Resit (asal), Invois (asal), Slip Daftar Tunai (asal)
 

Rekod Kos Operasi (kos selain kos pembelian)

  • Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti perbelanjaan/kos pembelian barang niaga
  • Baucer Pembayaran (gaji, sewa), Bil Utiliti (air, elektrik), Bil pengangkutan, Bil mengepos, Bil insurans
 

Rekod Ambilan

  • Rekod yang mengandungi maklumat ambilan oleh pemilik daripada perniagaannya untuk kegunaan sendiri.
  • Ambilan akan mengurangkan modal pemilik
  • Cth: Memo

Rekod Modal

  • Rekod yang mengandungi maklumat modal (tunai/stok/aset) yang dibawa masuk ke dalam perniagaan oleh pemilik.
  • Cth: Memo