Tanggungjawab yang Perlu Dipatuhi oleh Usahawan Setelah Mendaftarkan Perniagaan

 
6.3 Tanggungjawab yang Perlu Dipatuhi oleh Usahawan Setelah Mendaftarkan Perniagaan
 

6 tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh usahawan sebaik sahaja selesai mendaftar perniagaan:

1. Pamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan & Lesen Perniagaan di tempat boleh dilihat dengan jelas.

2. Pamerkan Papan Tanda perniagaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

3. Nama & Nombor Pendaftaran Perniagaan tertera pada dokumen rasmi perniagaan seperti didalam Resit, Bil Tunai, Invois

4. Perbaharui Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan pada bila-bila masa sebelum tempoh 30 hari selepas pemerbadanan sesebuah syarikat.

5. Daftar perubahan maklumat perniagaan dalam masa 30 hari dari tarikh perubahan (jika terdapat perubahan)

6. Tamatkan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan.

 
Info
1. Notis Pemerbadanan Syarikat - merupakan bukti pendaftaran. Notis ini tidak perlu di pamerkan.
2. Perubahan maklumat perniagaan:
  • Perubahan alamat utama perniagaan
  • Perubahan jenis perniagaan
  • Perubahan alamat cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik @ rakan kongsi
3. Penamatan perniagaan:
  • Berhenti berniaga
  • Bankrap
  • Kematian
  • Perintah mahkamah