Prosedur Pendaftaran Sesebuah Entiti Perniagaan

 
6.2 Prosedur Pendaftaran Sesebuah Entiti Perniagaan
 

Milikan Tunggal & Perkongsian

  • Menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, semua perniagaan milikan tunggal mestilah didaftarkan dengan SSM.
  • Bagaimanapun pemilik perniagaan bertanggungjawab mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan.
 

Prosedur pendaftaran Milikan Tunggal & Perkongsian

1. Mengisi borang carian nama

2. Isi Borang A

3. Hantar ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

4. Membuat pembayaran

5. Dapat Borang D (Sijil Pendaftaran Perniagaan)

 

Syarikat Persendirian

Prosedur pemerdananan Syarikat Persendirian (Sdn Bhd)

1. Permohonan carian nama syarikat

2. Permohonan pemerbadanan syarikat Bhd atau Sdn Bhd

3. Notis Pemerbadanan Syarikat

4. Pelantikan setiausaha syarikat

 

Syarikat Awam

1. Permohonan carian nama syarikat

2. Permohonan pemerdananan syarikat awam

3. Pengeluaran Notis Pemerdananan Syarikat Awam oleh SSM

 
 

Perbezaan Antara Entiti Perniagaan

Akta yang mengawal selia

  • Akta pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) (Perniagaan / P)
  • Akta Syarikat 2016 (AS 2016) (Syarikat / S)
  • Akta perkongsian Liabiliti Terhad (PLT 2012) (Perkongsian Liabiliti Terhad / PLT)

Sumbangan modal

  • Sumbangan pemilik perniagaan atau pekongsi (P)
  • Sumbangan saham (S)
  • Sumbangan pekongsi (PLT)

Pemilik perniagaan

  • Pemilik perniagaan atau rakan kongsi (P)
  • Pemegang saham (S)
  • Pekongsi yang membuat sumbangan modal (PLT)

Liabiliti peribadi

  • Liabiliti Tidak Terhad (P)
  • Liabiliti Terhad (S)
  • Liabiliti Terhad (PLT)

Bilangan pemilik atau pemegang saham

  • Pemilikan tunggal: 1, Perkongsian: 2 - 20 orang (P)
  • Syarikat persendirian: 1 - 50 orang, Syarikat awam: 1 - Tiada had maksimum (S)
  • 2 - Tiada had maksimum (PLT)

Tanggungjawab pengurus perniagaan

  • Pemilik perniagaan atau rakan kongsi (P)
  • Lembaga Pengarah (S)
  • Pekongsi (PLT)