Akta-akta Penubuhan Sesebuah Entiti Perniagaan

 
6.1 Akta-akta Penubuhan Sesebuah Entiti Perniagaan
 

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

1. Perniagaan Milikan Tunggal

  • Perniagaan dimiliki oleh seseorang pemilik perniagaan sahaja.

2. Perniagaan Perkongsian

  • Bilangan pemilik perniagaan sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi 20 orang.

 
 

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

- Gabungan ciri-ciri syarikat dan perkongsian konvensional

 

Akta Syarikat 2016

1. Syarikat Persendirian

  • menggunakan perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. di hujung nama syarikat.
  • bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya seorang dan tidak melebihi 50 orang.
  • bilangan pengarah syarikat sekurang- kurangnya seorang dan tiada had maksimum.

2. Syarikat Awam

  • menggunakan perkataan Berhad atau Bhd di hujung nama syarikat
  • bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya seorang dan tiada had maksimum.
  • bilangan pengarah syarikat sekurang- kurangnya dua orang dan tiada had maksimum.
  • contoh perniagaan ialah Air Asia Berhad.