Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Merumus konsep Istiqamah serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
19: Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
19
Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
Maksud Istiqamah
Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.
Dalil Naqli Sifat Istiqamah
Allah SWT berfirman dalam Surah Hud, Ayat 112
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ
Maksud:
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu.
Sufian bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW
Maksud:
"Wahai Rasulullah SAW katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain". Baginda berkata: "Ucapkanlah: Aku beriman dengan Allah SWT, kemudian beristiqamahlah kamu."
Cara Memiliki Sifat Istiqamah
Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.
Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya secara berterusan.
Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.
Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.
Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.
Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.
Contoh Sifat Istiqamah yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW
Contoh 1 : Istiqamah dalam Ibadah
Rasulullah SAW istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT. Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun baginda seorang yang maksum.
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih dari 70 kali setiap hari".
Istiqamah dalam Berdakwah
Rasulullah tetap berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi pelbagai ancaman dan kesusahan. Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha berdakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia. (Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin)

Chapter : Akhlak Islamiyah
Topic : Merumus konsep Istiqamah serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Form 5
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 5
Related notes
18: Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa
20: Alam Sekitar Penenang Jiwa
21: Sifat Mazmumah Meracuni Hati
01: Surah At-Taubah, Ayat 128-129
02: Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24
03: Hukum Tajwid: Bacaan " ر ", Waqaf dan ibtida'
04: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11
05: Memahami Keutamaan dalam Tindakan, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
06: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
07: Setiap Orang ialah Pemimpin
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account