.
1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 180 :
Maksud :
Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang yang bertaqwa.
2. Abdullah Bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
(Riwayah Al-Bukhari)
Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan wasiat yang tertulis disisinya.
Jabir Bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
(Riwayah Ibnu Majah)
Maksud:
Sesiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati di jalan Allah SWT dan Sunnah (rasulNya), mati dalam keadaan taqwa dan syahid, serta mati dalam keadaan diampuni dosa.
Saad bin Abi Waqqas RA meriwayatkan bahwa aku telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta dan aku tidak mempunyai waris kecuali seorang anak perempuan. Bolehkah aku mewasiatkan dua pertiga hartaku?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh.”, aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan separuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh.”, aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan sepertiga daripadanya?”, Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) sepertiga (daripada harta) sedangkan satu pertiga itupun baik.” (Muttafaq ‘Alaih)
Evaluate your academic performance through detailed report