13: Isu-isu Dalam Perkahwinan

13  Isu-isu Dalam Perkahwinan
Pembubaran Perkahwinan
  1. Talak
  2. Fasakh
  3. Khulu'
  4. Li'an 

1. Talak

 Maksud : Pembubarah perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau qias.

Hukum : Harus

Contoh Lafaz 

Jelas : "Aku ceraikan engkau"

Qias : "Aku lepaskan engkau mulai hari ini"

Jenis-jenis Talak 

Talak Raj'ie : Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu.

Talak Bain : Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baharu.

2. Fasakh
 Maksud : Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu.
Hukum : Harus isteri memohon fasakh
Contoh Sebab Fasakh : Isteri memohon fasakh kerana suami sering memukul hingga menyebabkan kecederaan fizikal.

3. Khulu' (Tebus Talak)
Maksud : Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.
Hukum : Harus
Contoh : Mahkamah meluluskan permohonan khulu' atas permintaan isteri dengan memulangkan bayaran mahar kepada suami.

4. Li'an 
Maksud : Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa ada empat orang saksi atau menafikan nasab
Hukum : Wajib untuk mengelakkan suami daripada hukuman qazaf

    Cara Suami Melaksanakan Li'an : 

  • Suami Melafazkan di hadapan hakim :

  "Aku bersaksi bahawa tuduhan ke atas isteriku adalah benar. Tuduhan zina yang aku lemparkan kepada isteriku yang bernama ........ dan anak ini (jika isteri mempunyai anak zina,ataupun sedang mengandung) ialah anak zina dan bukan daripada zuriatku."

  • Lafaz ini diulang sebanyak 4 kali. Sekiranya idteri ada bersama-sama maka suami hendaklah menunjuk dengan tangannya ke arah isteri.
  • Pada kali yang kelima, hakim akan memberikan peringatan kepadanya tentang bahaya berdusta. Suami hendaklah berkata :

  "Sesungguhnya laknat Allah akan menimpaku sekiranya aku terdiri daripada orang-orang yang berdusta"

   Cara Isteri Melakukan Li'an :

  • Isteri melafazkan di hadapan hakim :

   "Aku bersaksi dengan nama Allah SWT bahawa ...(nama suami)... orang yang berdusta tentang tuduhan zinanya terhadapku"

  • Lafaz ini diulang sebanyak 4 kali.
  • Pada kali kelima, isteri hendaklah berkata :

   "Kemurkaan Allah akan menimpaku , jika tuduhan suamiku benar"

   Kesan :

  • Suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya
  • Anak tidak boleh dinasabkan kepada suami dan tidak berhak mendapat nafkah dan mewarisi pusaka daripada ayahnya.
 
Isu-isu Berkaitan dengan Perkahwinan
  1. 'Iddah
  2. Rujuk
  3. Nusyuz
  4. Poligami 
  5. Hadhanah
  6. Anak Angkat

1. 'Iddah
 Maksud : Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami.
Hukum : Wajib

    Larangan Semasa Iddah :

  • Menerima pinang lelaki lain secara pinang atau qias
  • Keluar daripada rumah yang disediakan suami kecuali untuk keperluan yang dibenarkan syara'
  • Berhias diri kecuali wanita yang dalam 'iddah raj'ie

   Tempoh 'Iddah :

Situasi Bercerai Hidup Bercerai Mati
Belum putus haid 3 kali suci  
Telah putus haid  3 bulan hijrah 4 bulan 10 hari
Belum pernah disetubuhi tiada 'iddah  
Sedang Hamil Sehingga melahirkan anak  

2. Ruju'
Maksud : Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikan dalam tempoh 'iddah.
Hukum : Harus

Contoh :

Suami berkata kepada isterinya : "Aku rujul engkau untuk kembali ke pangkuanku"

3. Nusyuz
Maksud : Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah.
Hukum : Haram
Contoh : Isteri enggan mematuhi perintah suaminya supaya menunaikan solat dan berpuasa.

4. Poligami
Maksud : Amalan beristeri lebih daripada seorang dalam satu masa.
Hukum : Harus

    Kelayakan Poligami :

  • Tidak lebih 4 orang isteri
  • Boleh berlaku adil terhadap isteri-isterinya dari aspek lahiriah seperti pakaian dan tempat tinggal
  • Mampu memberi nafkah zahir dan batin

5. Hadhanah
Maksud : Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Hukum : Wajib

6. Anak Angkat
Maksud : Anak orang lain yang dipelihara seperti anggota keluarga sendiri tetapi tidak mempunyai hak seperti anak kandung yang ditetapkan oleh syara'
Hukum : Harus

  Anak angkat dikecualikan daripada mendapat hak :

  • Pewarisan harta pusaka (Faraid)
  • Wali dalam perkahwinan
  • Nasab

Implikasi Perkahwinan yang Tidak Mengikut Syariat dan Undang-undang Islam
1.Pasangan boleh didenda jika disabitkan dengan kesalahan berkahwin tanpa mengikut saluran yang betul bagi negeri masing-masing.
2.Pasangan terpaksa dipisahkan jika didapati perkahwinan tidak sah mengikut hukum syara'.
3.Isteri tidak mempunyai dokumen yang sah untuk membuat sebarang tuntutan seperti hadhanah dan harta pusaka jika berlaku kematian suami.
4.Kesukaran mendaftarkan kelahiran anak untuk mendapatkan sijil kelahiran.