10: Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

10  Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
Takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah
 Kumpulan majoriti umat islam yang memahami dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi'in serta tabi' tabi'in dalam prinsip aqidah, syariah dan akhlak.

 

Prinsip Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
2.Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukan atau tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala.
3.Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan As-Sunnah antaranya termasuklah persoalan-persoalan kubur hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.
4.Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud, sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.
5.Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin tuhannya, termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman.
6.Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia.

 

Aliran yang Bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Sejarah

Syiah 

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang layak memegang jawatan khalifah.

Khawarij

Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim

Mu'tazilah

Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil Bin 'Atho' setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan gurunya iaitu Hasan Al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar.

 

Aliran Prinsip Utama

Syiah

  1. Meyakini bahawa Al-Imamah merupakan rukun agama dan telah ditentukan oleh Allah SWT melalui lisan rasulNya secara nas.
  2. Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar.
  3. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah.
  4. Mengamalkan At-Taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan menempatkan sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenarnya.
  5. Menambah nama Saidina Ali RA dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.

Khawarij

  1. Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum muslimin yang layak.
  2. Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali telah melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju mengadakan Majlis Tahkim.
  3. Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil.
  4. Beriktiqad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir.

Mu'tazilah

  1. At-Tauhid : Menafikan sifat ma'ani pada zat Allah SWT.
  2. Al-Adl : Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau buruk tanpa ditentukan oleh Allah.
  3. Al-Wa'du Wal Wa'iid : Meyakini bahawa Allah SWT wajib memberikan balasan baik kepada orang yang taat dan ancaman azab kepada orang yang melakukan maksiat.
  4. Al-Manzilah Bainal Manzilain ; Meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka.
  5. Al-Amru Bil Makrufi Wannahyu 'Anil Mungkar : Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah keburukan  adalah wajib ditegakkan dalam keadaan apa sekalipun.

 

Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Aliran yang Bertentangan Dengannya Tentang Beberapa Isu
Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Lain
Adakah Al-Quran makhluk? Meyakini bahawa Al-Quran ialah Kalamullah yang bersifat qadim (sedia ada). Mu'tazilah: Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk yang bersifat hadis (baru).
Melihat Allah SWT Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT di akhirat kelak. Mu'tazilah : Mengatakan mustahil makhluk boleh melihat Allah kerana Allah tidak menyerupai makhluk.
Pelaku dosa besar Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin, bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak bertaubat.

Khawarij : Pelaku dosa besar diangap kafir.

Mu'tazilah ; Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka.

Qada' dan Qadar Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datang daripada Allah dan Allah mengurniakan manusia akal untuk berfikir dengan berikhtiar untuk memilih antara baik dengan buruk Mu'tazilah : Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datangnya daripada manusia semata-mata. 
Kedudukan Iman Mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang bergantung pada amal soleh dan maksiat yang dilakukan. Khawarij dan Mu'tazilah : Iman tidak boleh bertambah dan berkurang. Iman ada apabila melakukan kebaikan dan iman hilang apabila melakukan kemungkaran.

 

Kepentingan Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan.
2.Memelihara kesucian agama Islam.
3.Menjamin keamanan negara.
4.Mengelak umat islam daripada terjebak dengan ajaran sesat.
5.Membersihkan aqidah daripada sebarang bentuk kekeliruan.
6.Menghindarkan umat islam daripada pandangan yang melampau.
7.Mendapat keredhaan Allah SWT.