08: Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah 

 
8  Tujuh Golongan yang Mendapat naungan Allah 
 
Baca Hadis dengan Betul

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :

 
 سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري) 


 
 
Potongan Hadis Maksud

 سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ

Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah

 يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ

Pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungannya

 اْلإِمَامُ الْعَادِلُ

Pemimpin yang adil

وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ

Dan pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ

Dan seseorang yang hatinya ikhlas sentiasa mencintai masjid

 وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

Dan dua orang yang saling mengasihani kerana Allah SWT, bertemu & berpisah kerana Allah SWT

وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ

Dan seseorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya & cantik

فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ

Lalu dia menolak lalu berlata: " Aku takut pada Allah SWT"

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى

Dan seseorang yang bersedekah secara sembunyi

حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

Sehingga tangan kiri tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه

Dan seseorang yang secara bersendirian mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata

 
 
7 Golongan yang Mendapat naungan Allah Maksud Contoh
Pemimpin yang Adil Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dibawah pemimpin berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis

1. Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi

2. Mencegah kemungkaran daripada berleluasa

Pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah sama ada ibadah wajib atau sunat

1. Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadah puasa dengan sempurna

2. Melazimi qiamullail, membaca Al-Quran dan berzikir

Seseorang yang hatinya sentiasa meningati masjid Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan

1. Menunaikan solat fardhu secara berjemaah

2.Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu dan program sukan dan riadah

Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu & berpisah kerana Allah SWT Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

1. Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah

2. Persaudaraan antara kaum muhajirin dengan ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal

Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah SWT Seseorang yang membenci dan menjauhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah atau meninggalkan laranganNya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan dan hati.

1. Menjauhi perbuatan mencuri

2. Menghindari pergaulan bebas tanpa batas

Seseorang yang menyembunyikan sedekahnya Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia

1. Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking)

2. Mewaqafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid

Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air matanya Seseorang yang mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya 1. Beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah sehinga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan

 

Pengajaran Hadis
1.Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT.
2.Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah.
3.Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan.
4.Kita hendaklah saling mengasihi supaya masyarakat hidup aman damai.
5.Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah SWT.
6.Kita hendaklah berusaha memperbanyak sedekah kerana amalan tersebut dapat menyucikan harta dan jiwa.
7.Kita hendaklah melazimi amalan zikrullah agar jiwa kita tenang.