Santuni Jiranmu

 

6.4

Santuni Jiranmu

 

Maksud jiran

Bahasa Orang yang berada di sekeliling.
Istilah Orang yang tinggal berdekatan sehingga empat puluh buah rumah dari setiap penjuru.
 

Contoh adab berjiran yang diamalkan Rasulullah SAW:

  • Melayan jiran dengan baik walaupun bukan Islam.
  • Rasulullah SAW meminta tetamu memberi salam di sisi pintu supaya tidak ternampak aib di dalam rumah.
  • Rasulullah SAW menyuruh Abu Zar membanyakkan kuah ketika memasak untuk diberikan kepada jiran.
  • Rasululah SAW meminta supaya jiran diberi keutamaan dalam jual beli dengan menawarkan kepadanya terlebih dahulu.
  • Memberikan hadiah dan makanan kepada jiran. 
 

Kewajipan berjiran yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian:

  • Bertegur sapa.
  • Menggembirakan jiran dan mengucapkan tahniah apabila mendapat nikmat.
  • Berbuat baik dan tidak menyakiti.
  • Menjaga harta benda jiran dan meminta izin jika ingin menggunakannnya.
  • Saling memberi hadiah.
  • Menghormati antara satu sama lain.
  • Tidak berhasad dengki dengan kelebihan jiran.
  • Berbicara mengikut keperluan.
  • Menjaga maruah diri dan tidak mengumpat antara satu sama lain.
  • Memastikan jiran selesa dan aman.
  • Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran.
 

Hikmah mengamalkan adab berjiran dalam kehidupan:

  • Hidup dalam keadaan aman dan damai kerana masing-masing telah mengamalkan tanggungjawab yang sewajarnya.
  • Maruah diri dan keluarga terjaga kerana tidak ada sifat bersangka buruk antara jiran tetangga.
  • Sentiasa berasa selamat dan selesa hidup berjiran kerana saling menghormati dan menjaga keselamtan.
  • Kemungkaran mudah dicegah dengan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara jiran.
  • Melahrikan masyarakat yang bersatu padu dan hormat-menghormati kerana masing-masing menjaga adab berjiran seperti yang tua dihormati yang muda disayangi.
  • Menikmati keamanan dan keharmonian kerana semua rakyat memahami tanggungjawab masing-masing.