Malu Perisai Iman

 

 

6.1

Malu Perisai Iman

 

Maksud malu

Bahasa Rasa segan.
Istilah Berasa aib atau perasaan tidak selesa utnuk melakukan sesuatu yang buruk kerana tidak mahu dihina.
 

Sifat malu yang dituntut:

  • Malu melakukan perkara maksiat dan yang haram, contohnya malu berjudi, mengumpat dan mengutuk rakan. 
  • Malu melanggar perintah Allah SWT, seperti tidak menunaikan solat fardu, makan di khalayak ramai pada siang hari pada bulan Ramadan.
  • Malu meninggalkan perkara sunat, seperti tidak menunaikan solat sunat Rawatib, tidak menderma ketika rakan ditimpa musibah.
  • Malu melakukan perkara makruh, seperti makan dengan tangan kiri, berbual kosong dan bercakap tidak sopan.
 

Sifat malu yang dilarang:

  1. Malu belajar
    • Malu berada di hadapan dalam kelas
    • Malu membaca di khalayak ramai
    • Malu ke majlis ilmu
    • Malu bertanya guru
    • Malu mendampingi ulama
  2. Malu melakukan perintah agama
    • Malu menjadi imam solat
    • Malu berucap di hadapan khalayak
    • Malu mengaku mempunyai ibu yang tua dan miskin
  3. Malu melakukan kebaikan
    • Malu bertanya
    • Malu berada dalam majlis ilmu
 

Kepentingan sifat malu:

 

  • Malu melakukan maksiat kerana takut dan segan kepada Allah SWT yang Maha Melihat. Contohnya berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa ikatan yang sah.
  • Benteng keimanan. Orang yang malu akan menjaga maruah diri daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral.
  • Berlumba-lumba mentaati perintah Allah SWT dan rasul serta mengharapkan reda Allah SWT.
  • Sifat malu seseorang menyerlahkan kecantikan akhlak dan kemuliaan insan.
  • Orang yang pemalu sentiasa terhindar daripada melakukan maksiat.