Menyemai Kasih Menuai Sayang

 

6.2

Menyemai Kasih Menuai Sayang

 

Maksud kasih sayang

Bahasa Cinta, kasih dan sayang.
Istilah Kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik.
 

Sifat kasih sayang yang diredai Allah SWT:

  1. Mencintai Allah SWT dan rasul.
    • Mendahulukan perintah Allah SWT dan Rasululah SAW.
    • Menegur perbuatan mungkar.
  2. Mengasihi ibu bapa, adik beradik dan kaum kerabat.
    • Mentaati ibu bapa.
    • Mengasihi adik-beradik atas dasar silaturrahim.
    • Menziarahi sanak-saudara dan memenuhi undangan.
  3. Menyayangi saudara seagama.
    • Mengajak bersama-sam membuat kebaikan dan mengamalkan perintah Allah SWT.
    • Menghormati orang yang lebih tua.
    • Mengasihi orang yang lebih muda.
    • Membantu anak yatim, wanita, orang miskin dan orang kurang upaya.
 

Sifat kasih sayang yang dimurkai Allah SWT:

  1. Cinta yang melampaui batas syarak.
    • Cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi sehingga mendorong perbuatan zina.
  2. Kasih sayang demi kepentingan kebendaan.
    • Cinta kerana rupa paras, harta benda dan pangkat.
  3. Sayang secara keterlaluan.
    • Mengutamakan rakan lebih daripada ibu bapa.
 

Cara menyemai sifat kasih sayang diredai Allah SWT:

  • Tolong menolong ke arah kebaikan dan berpesan dengan kebenaran.
  • Bersangka baik dan menutup aib orang lain.
  • Menjaga tutur kata supaya tidak menyinggunghati dan perasaan.
  • Memberi hadiah dan menziarahi anggota keluarga, guru dan rakan.
  • Menghormati yang lebih tua dan mengaishi yang muda.
  • Merendah diri kepada orang lain.
 

Hikmah sifat kasih sayang dalam kehidupan:

  • Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW mengajar umat Islam berkasih sayang. Sebagai muslim, kita dituntut mencintai Allah SWT dan rasulnya lebih daripada segala-galanya.
  • Merai perasaan cinta mengikut peraturan dan bimbingan agama. Contohnya mencintai harta. Islam menggariskan cara mendapatkan harta dan sumber pemerolehan harta hendaklah halal dan digunakan pada jalan yang betul dan baik.