Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
25: Era Masyarakat Jahiliyah
25: Era Masyarakat Jahiliyah
25
Era Masyarakat Jahiliyah
Maksud Jahiliyah
Berasal daripada perkataan arab "jahala".
Bermaksud tidak tahu, bodoh atau jahil.
Dalil
وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ ٱلْجَـٰهِلِيَّةِ ٱلْأُولَىٰ
Maksud
: Dan hendaklah kamu tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang Jahiliyah pada zaman dahulu. (Surah Al-Ahzab, ayat 33)
Kejahilan Masyarakat Arab
Kejahilan masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu.
Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah.
Namun begitu, mereka jahil akidah dan akhlak.
Jahil Akidah
Jahil Akhlak
Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Ismail tetapi mencampur adukkan dengan penyembahan berhala, amalan sihir dan khurafat
Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti suka menindas perempuan dan hamba, berjudi serta minum arak
Masyarakat Arab sebelum Kerasulan Nabi Muhammad SAW dari Segi Akidah
Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW menganut agama dan ajaran, antaranya:
Agama Yahudi.
Agama Nasrani.
Agama Hanifa.
Kepercayaan Majusi.
Kepercayaan Animisme.
Agama penyembah berhala.
Agama dan Ajaran Masyarakat Arab sebelum Kerasulan Nabi Muhammad SAW
Agama Yahudi
Agama Yahudi ialah agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Musa A.S mengikut keinginan para penganutnya.
Mereka banyak memfitnah nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.
Mereka datang dari Palestin ke negara Arab.
Agama Hanifa
Pada mulanya, majoriti masyarakat Arab beragama dengan agama Hanifa.
Agama Hanifa ialah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.
Agama ini agama samawi, sama seperti agama Islam.
Buktinya, dapat dilihat pada ciri-ciri kepercayaan agama Hanifa yang sama dengan Islam seperti:
Percaya kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Satu.
Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati.
Percaya kepada dosa dan pahala.
Ajaran agama Hanifa yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam seperti ibadat korban, ibadat haji dan umrah.
Agama Nasrani
Agama Nasrani ialah agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa A.S mengikut keinginan penganutnya.
Mereka mempercayai Nabi Isa A.S sebagai anak Tuhan.
Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
Abrahah, Raja Nasrani membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk menyaingi populariti Kaabah di Mekah, namun gagal dengan pertolongan Allah SWT.
Kisah ini telah dipaparkan dalam Surah Al-Fil.
Kepercayaan Majusi
Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh penganut Majusi di Parsi telah padam.
Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
Agama Penyembah Berhala
Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru bin Amar bin Luhay, pemimpin Khuzah.
Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam lalu membawa berhala bernama "Hubal" ke Mekah dan meletakkannya di dalam Kaabah.
Kemudian, dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah supaya menyembah berhala tersebut.
Agama ini dicampuradukkan dengan agama Hanifa sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan Allah SWT.
Agama penyembah berhala ini disebarkan kepada sluruh orang Arab ketika musim Haji.
Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad SAW, ada sebanyak 360 berhala di sekitar Kaabah. Kesemuannya dimusnahkan oleh baginda dan para sahabat.
Kepercayaan Animisme
Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat.
Penganut kepercayaan ini menyembah alam seperti matahari, bintang dan pokok.
Masyarakat Arab Sebelum Kerasulan Nabi Muhammad SAW
Akhlak Baik
Akhlak Buruk
Menepati janji.
Berjudi dan minum arak.
Berani, kuat dan pantang menyerah kalah.
Penzinaan dan pelacuran berleluasa.
Menjaga kebersihan mulut dan kuku.
Mengamalkan bigami.
Tidak mengahwini mereka yang ada pertalian darah.
Pewarisan harta pada anak lelaki.
Menghormati tetamu.
Membunuh anak perempuan.
Taat kepada pemimpin.
Mengamalkan tenung nasib.
Menghormati bulan Haram.
Berperang kerana perkara kecil.

Chapter : Sirah dan Tamadun Islam
Topic : Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
Form 1
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 1
Related notes
24: Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w
26: Keunggulan Perjuangan Khulafa Ar-Rasyidin
01: Mukmin yang Bertakwa
Al-Quran (Bahagian 2)
02: Memohon Kebahagiaan Hakiki
03: Maha Suci Allah
04: Ayat 284 hingga 286 Surah Al-Baqarah. (Bacaan dan Hafazan)
05: Indahnya Tajwid
06: Segala Puji Bagi Allah SWT
07: Iblis dan Syaitan Durjana
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account