Penutupan Akaun Hasil, Akaun Belanja dan Akaun Inventori pada Akhir Tempoh Kewangan

 

 
7.3

Penutupan Akaun Hasil, Akaun Belanja dan Akaun Inventori pada Akhir Tempoh Kewangan

 

Penutupan Akaun Hasil dan Akaun Belanja

Catatan penutup

  • Langkah ketujuh dalam proses Kitaran Perakaunan.
  • Dibuat pada akhir tempoh perakaunan dalam Jurnal Am.
 

Tatacara Menutup Akaun

  1. Komponen jualan bersih dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan.
  2. Komponen kos jualan dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan.
  3. Komponen hasil dipindahkan ke dalam Akaun Untung Rugi.
  4. Komponen belanja dipindahkan ke dalam Akaun Untung Rugi
  5. Akaun Inventori dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan
 

Penutupan Akaun Hasil dan Akaun Belanja (Dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan)

  • Hasil dan belanja hanya perlu dikira dalam tempoh perakaunan semasa sahaja.
  • Semua Akaun Hasil dan Akaun Belanja tidak mempunyai baki untuk dibawa ke tahun berikutnya.
  • Hasil dan belanja yang terlibat secara langsung dengan barang niaga perniagaan akan dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan.
  • Komponen yang terlibat adalah:
    • Jualan - Jualan, Pulangan Jualan.
    • Kos Jualan - Angkutan Masuk, Upah atas Belian, Duti Import, Inventori Awal, Belian, Pulangan Belian, Insurans atas Belian.
 

Penutupan Akaun Inventori

Inventori terbahagi kepada:

  • Inventori awal - Nilai inventori awal akan didebitkan dalam Akaun Perdagangan.
  • Inventori akhir - Direkodkan di bahagian debit Akaun Perdagangan.
 

Penutupan Akaun Hasil dan Akaun Belanja (Dipindahkan ke dalam Akaun Untung Rugi)

  • Lain-lain hasil dan belanja yang terlibat dalam perniagaan bukan atas aktiviti barang niaga perlu ditutup dan dipindahkan ke dalam Akaun Untung Rugi.
  • Dua komponen yang terlibat:
    • Hasil - Komisen Diterima, Sewa Diterima, Faedah Atas Simpanan, Diskaun Diterima.
    • Belanja - Gaji, Iklan, Angkutan Keluar, Kadar Bayaran, Faedah Atas Pinjaman, Insurans, Belanja Am, Sewa Dibayar, Komisen Dibayar, Diskaun Diberi.
 

Sebab Akaun Nyata Tidak Ditutup

  • Akaun Nyata (Akaun Aset, Akaun Liabiliti dan Akaun Modal) tidak perlu ditutup pada akhir tempoh perakaunan kerana baki akhir pada tempoh perakaunan perlu dibawa ke tempoh perakaunan akan datang.
  • Baki-baki Akaun Nyata ini juga akan menjadi baki-baki awal pada tempoh perakaunan tahun berikutnya iaitu sebagai catatan pembukaan.