Item Setiap Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

 
2.2

Item Setiap Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

 
 
  Hasil  
  Pendapatan perniagaan yang dijana sama ada melalui operasi perniagaan ataupun bukan operasi perniagaan dalam suatu tempoh perakaunan.  
     
 
  Hasil Operasi  
 
  • Pendapatan yang dijana daripada aktiviti harian perniagaan.
  • Contoh: Komisen diterima, dividen diterima
 
     
 
  Hasil bukan operasi  
 
  • Dijana daripada aktiviti yang berkaitan secara tidak langsung dengan aktiviti utama
  • Contoh: Dividen daripada pelaburan, keuntungan jualan Aset Bukan Semasa
 
     
 
  Belanja  
  Perbelanjaan yang dibayar dan perbelanjaan yang akan dibayar pada masa hadapan.  
     
 
  Belanja operasi  
 
  • Terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan
  • Contoh: Gaji, insurans, sewa
 
     
 
  Belanja bukan operasi  
 
  • Tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan
  • Contoh: Faedah atas pinjaman bank, rugi atas pelupusan aset
 
     
 
  Aset  
  Harta yang dimilik oleh perniagaan untuk menjana hasil  
     
 
  • Aset berbentuk fizikal - Perabut, inventori dan kelengkapan
  • Aset tidak berbentuk fizikal - Akaun Belum Terima dan faedah simpanan belum diterima
 
  Aset Bukan Semasa  
 
  • Bersifat tahan lama, boleh digunakan melebihi satu tahun kewangan dan tahap kecairan rendah
  • Contoh: Premis, kenderaan, alatan pejabat dan perabot
 
     
 
  Aset Semasa  
 
  • Dapat ditukar kepada bentuk tunai dalam jangka masa setahun dan mempunyai kecairan yang tinggi
  • Contoh: Inventori barang niaga, Akaun Belum Terima, tunai di tangan dan deposit tetap
 
     
 
  Liabiliti  
  Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan.  
     
 
  Liabiliti Bukan Semasa  
 
  • Hutang jangka panjang (Lebih dari satu tahun)
  • Contoh: Pinjaman bank dan gadai janji
 
     
 
  Liabiliti Semasa  
 
  • Hutang jangka pendek (Kurang dari satu tahun)
  • Contoh: Akaun Belum Bayar dan overdraf bank
 
     
 
  Ekuiti Pemilik  
 

= Modal + Untung bersih

atau

= -Rugi Bersih - Ambilan