Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

2.1

Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

 
  Akaun  
  Ringkasan urus niaga yang berlaku dalam suatu tempoh masa.  
     
 
  Penyata Pendapatan  
  Penyata yang menunjukkan prestasi kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan.  
     
 
 

Komponen dalam Akaun Perdagangan:

 

Komponen dalam Akaun Untung Rugi:

 
  Jualan Bersih  
  Hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan dan pulangan jualan.  
     
 
  Kos Jualan  
  Kos dan belanja untuk membeli barang niaga, termasuk inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk.  
     
 
  Hasil  
  Pendapatan yang dijana dalam perniagaan. Sebagai contoh, komisen diterima dan faedah diterima.  
     
 
  Belanja  
  Perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan. Sebagai contoh, kadar bayaran, gaji dan sewa.  
     
 
  Penyata Kedudukan Kewangan  
  Penyata yang menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan.  
     
 
   

Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan:

 
 
  Aset Bukan Semasa  
 
  • Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun kewangan
  • Tahap kecairannya rendah
  • Contoh: Kenderaan
 
     
 
  Aset Semasa  
 
  • Aset / harta perniagaan yang tidak tahan lama
  • Tempoh penggunaan kurang dari setahun
  • Tahap kecairan tinggi
  • Contoh: Inventori, tunai di tangan dan deposit semasa
 
     
 
  Liabiliti Semasa  
 
  • Hutang / tanggungan perniagaan jangka pendek
  • Perlu dijelaskan dalam tempoh masa setahun
  • Contoh: Akaun Belum Bayar
 
     
 
  Liabiliti Bukan Semasa  
 
  • Hutang / tanggungan perniagaan jangka pendek
  • Perlu dijelaskan dalam tempoh masa setahun
  • Contoh: Pinjaman bank
 
     
 
  Ekuiti Pemilik  
 
  • Pelaburan pemilik dalam perniagaannya
  • Hutang perniagaan kepada pemilik
  • Keuntungan menambah ekuiti, kerugian mengurangkan ekuiti