Penyata Kedudukan Kewangan

 
 
7.2

Penyata Kedudukan Kewangan

 
  Penyata Kedudukan Kewangan  
  Disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas penyediaan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.  
     
 

Tujuan Penyediaan Penyata Kedudukan Kewangan

  1. Menyenaraikan semua aset dan liabiliti perniagaan.
  2. Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan.
  3. Menunjukkan jumlah modal dan keuntungan atau kerugian perniagaan.
  4. Menunjukkan modal kerja iaitu jumlah kecairan perniagaan dalam tempoh semasa.
 

Penyata Kedudukan Kewangan dapat disediakan dalam:

  • Bentuk 'T'
  • Format Penyata
 
Bentuk 'T'
 
Format Penyata
 

Penyediaan Akaun Modal

Butiran ambilan, untung bersih atau rugi bersih akan memberi kesan terhadap Akaun Modal.

Butiran Kesan
Untung bersih Menambahkan modal
Modal tambahan Menambahkan modal
Rugi bersih Mengurangkan modal
Ambilan Mengurangkan modal
 

Penyediaan Bahagian Ekuiti Pemilik berdasarkan Akaun Modal

  • Butiran yang perlu direkodkan dalam bahagian ekuiti pemilik ialah butiran yang menambahkan modal dan mengurangkan modal sahaja.