Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

7.1

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

 

Akaun Perdagangan disediakan:

  1. Untuk mengetahui sama ada sesebuah perniagaan mendapat untung atau rugi kasar.
  2. Untuk mengetahui sama ada aktiviti yang dilaksanakan ke atas barang niaga atau perkhidmatan tersebut mendapat untung atau rugi tanpa mengambil kira belanja dan hasil yang lain.
 

Akaun Untung Rugi disediakan:

  1. Untuk mengetahui sama ada sesebuah perniagaan mendapat untung atau rugi bersih setelah mengambil kira semua hasil dan belanja.
 

Penyediaan Akaun Perdagangan:

  1. Disediakan berdasarkan Imbangan Duga yang diperoleh.
  2. Butir-butir yang terlibat terdiri daripada jualan bersih dan kos jualan.
    • Untung/Rugi Kasar = Jualan Bersih - Kos Jualan.
    • Untung Kasar = Jualan Bersih > Kos Jualan.
    • Rugi Kasar = Jualan Bersih < Kos Jualan.
  3. Disediakan dalam dua bentuk iaitu:
    • Bentuk 'T'
      • Butir-butir direkodkan di bahagian debit atau kredit.
      • Jualan diletakkan di bahagian kredit.
      • Kos jualan diletakkan di bahagian debit.
    • Format Penyata
      • Tidak perlu menunjukkan bahagian debit dan kredit
 
Bentuk 'T'
 
Format Penyata
 

Untung Kasar atau Rugi Kasar

  • Untung/Rugi Kasar yang diperoleh daripada Akaun Perdagangan hendaklah dipindahkan ke dalam Akaun Untung Rugi untuk mencari untung bersih atau rugi bersih perniagaan.
  • Untung kasar - Dikreditkan dalam Akaun Untung Rugi.
  • Rugi kasar - Didebitkan dalam Akaun Untung Rugi.
 

Penyediaan Akaun Untung Rugi

  1. Disediakan dengan mengambil kira semua hasil dan belanja yang terlibat dalam sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan.
  2. Disediakan dalam dua bentuk iaitu:
    • Bentuk 'T'
    • Format Penyata
      • Tidak perlu menunjukkan bahagian debit dan kredit.
 
Bentuk 'T'
 
Format Penyata
 

Untung Bersih atau Rugi Bersih:

  • Untung/Rugi Bersih yang diperoleh hendaklah dipindahkan ke dalam Akaun modal perniagaan tersebut.
  • Jika perniagaan mendapat:
    • Untung bersih - menambahkan modal perniagaan.
    • Rugi bersih - mengurangkan modal perniagaan.