Alat Dasar Ekonomi

 
1.3 Alat Dasar Ekonomi
 
  Alat Dasar Ekonomi  
  Instrumen kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi.  
     
 

Dua jenis dasar ekonomi:

  1. Dasar Fiskal
  2. Dasar Kewangan
 

Kedua-dua dasar ini digunakan untuk mengawal kestabilan ekonomi dan mencapai objektif makroekonomi serta memberikan kesan yang berbeza apabila digabungkan.

 
  Dasar Fiskal  
  Satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan agar keadaan ekonomi yang stabil dapat dicapai.  
     
 
Aspek Dasar Fiskal Mengembang Dasar Fiskal Menguncup
Masalah ekonomi Pengangguran Inflasi
Tujuan Meningkatkan permintaan agregat Mengurangkan permintaan agregat
Kadar cukai Menurunkan kadar cukai Menaikkan kadar cukai
Perbelanjaan kerajaan Meningkatkan perbelanjaan kerajaan Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
 
  Hasil Kerajaan  
  Semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan perkhidmatan.  
     
 

Hasil Kerajaan

1. Hasil Cukai (Bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan)

  • Cukai langsung (Cukai yang bebannya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain)
  • Cukai tak langsung (Cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain)

2. Hasil Bukan cukai

 

Cukai Langsung

1. Cukai pendapatan individu

2. Cukai pendapatan syarikat

3. Cukai pendapatan koperasi

4. Cukai pendapatan petroleum

5. Cukai keuntungan hartanah

6. Duit setem

7. Cukai tanah

8. Cukai pintu

 

Cukai Tak Langsung

1. Duti eksais

2. Duti import

3. Duti eksport

4. Cukai barang dan perkhidmatan (GST)

5. Cukai perjudian

6. Levi

 

Hasil Bukan Cukai

1. Bayaran denda dan penalti

2. Bayaran lesen dan permit

3. Faedah dan pulangan pelaburan kerajaan

4. Bayaran sewa, harta/ aset kerajaan

5. Dividen, royalti petroleum dan gas asli

6. Pemberian kerajaan luar negara dari agensi Antarabangsa

7. Dividen daripada saham dan GLC

 
  Agihan Pendapatan  
  Pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam ekonomi  
     
 

3 Bentuk Cukai

  1. Cukai progresif (Cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan bertambah)
  2. Cukai regresif (Cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah)
  3. Cukai berkadar malar (Cukai yang kadarnya tetap walaupun pendapatan berubah)
 

Perbelanjaan Kerajaan

  1. Perbelanjaan mengurus (Perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang pada setiap tahun)
    • Cth: Bayaran emolumen, bayaran khidmat hutang negara, pencen dan ganjaran, serta bekalan dan perkhidmatan
  2. Perbelanjaan pembangunan (Perbelanjaan pelaburan kerajaan atas projek pembangunan sosial ekonomi negara)
    • Cth: Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi sosial, keselamatan dan pentadbiran am
 
 
  Belanjawan Negara  
  Suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan datang  
     
 
  • Perbelanjaan dalam belanjawan negara termasuklah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang dibayar oleh kerajaan
  • Pendapatan pula merujuk kepada hasil cukai dan hasil bukan cukai yang diterima oleh kerajaan
 

Tiga Jenis Belanjawan Negara

  1. Belanjawan seimbang (Jumlah hasil kerajaan adalah bersamaan dengan jumlah perbelanjaan kerajaan)
  2. Belanjawan lebihan (Jumlah hasil kerajaan lebih daripada jumlah perbelanjaan kerajaan)
  3. Belanjawan defisit (Jumlah hasil kerajaan kurang daripada jumlah perbelanjaan kerajaan)
 
 
  Dasar Kewangan  
  Cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.  
     
 

Dasar kewangan mengembang

  • Menambah bekalan wang dalam ekonomi dapat mengatasi pengangguran/kemelesetan ekonomi

Dasar kewangan menguncup

  • Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi dapat mengatasi inflasi
 

Alat Dasar Kewangan

  1. Nisbah rizab berkanun (Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima)
  2. Nisbah rizab tunai (Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima)
  3. Syarat sewa beli (Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterima)
  4. Surat jaminan kerajaan (Surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman daripada masyarakat atau institusi kewangan)
  5. Kadar faedah (Kos yang ditanggung oleh peminjam semasa membuat pinjaman)
 
 

Dua jenis kadar faedah

1. Kadar faedah tetap (Tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman)

2. Kadar faedah terapung (Berubah mengikut turun naik Kadar Rujukan sepanjang tempoh pinjaman)

 

Kesan peningkatan kadar faedah

1. Kesan terhadap pengguna 

  • Mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna

2. Kesan terhadap firma

  • Mempengaruhi modal kewangan yang diperoleh firma

3. Kesan terhadap kestabilan ekonomi

  • Kesan perubahan kadar faedah atas pengguna dan firma akan memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara
 

Alat Dasar Ekonomi

1. Dasar Fiskal

  • Cukai
    • Pengenaan cukai boleh mempengaruhi pendapatan boleh guna pengguna dan keupayaan firma untuk melabur
  • Perbelanjaan kerajaan

2. Dasar Kewangan

  • Nisbah rizab berkanun
    • Merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
  • Nisbah rizab tunai
    • Merupakan simpanan tunai wajib bank perdagangan di bank sendiri
  • Syarat sewa beli
    • Merupakan syarat dan terma dalam pinjaman untuk pembelian aset dan barang tahan lama
  • Kadar faedah
    • Kos yang ditanggung oleh peminjam semasa membuat pinjaman
  • Surat jaminan kerajaan
    • Merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila meminjam daripada masyarakat atau institusi kewangan