Perdagangan Antarabangsa

 
2.2 Perdagangan Antarabangsa
 
Perdagangan Antarabangsa
Urusan jual beIi barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara yang lain.
 
 
Tiga bentuk urusan perdagangan antarabangsa : Import, Eksport, Entreport
 
Ini adalah satu peta minda atau gambar rajah yang menunjukkan sebab-sebab mujud perdagangan antara bangsa. Teks utama di bahagian tengah dalam bentuk bulatan besar kuning menyatakan
 
Kepentingan perdagangan antarabangsa kepada ekonomi Malaysia
 
  1. Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara
  2. Meluaskan pasaran
  3. Menambah pendapatan negara
  4. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
  5. Menikmati barang dengan harga yang lebih murah
  6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran
  7. Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai
  8. Menambah peluang pekerjaan
  9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh
  10. Menggalakkan pelaburan
  11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
 
 

 

Keburukan perdagangan antarabangsa
 
  1. Merugikan negara membangun
  2. Terlalu bergantung kepada industry import dan eksport
  3. Mengamalkan pengkhususan berlebihan
  4. Kurang mobiliti sumber
  5. Mengamalkan dasar perlindungan
  6. Menimbulkan masalah lambakan
  7. Menyebarkan budaya tidak sihat
 
 
Sekatan Perdagangan Antarabangsa
Dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan import negara.
 
 
Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa
 

1. Tarif

  • Cukai yang dikenakan atas barang yang diimport dari luar negara.
  • Dua jenis tarif:
    (a) Tarif Spesifik - Cukai tetap yang dikenakan atas setiap unit barang yang diimport.
    (b) Tarif Ad valorem - Cukai import yang dihitung berdasarkan harga / nilai barang import.

2. Subsidi

  • Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan.

3. Kuota

  • Sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu jangka masa tertentu

4. Kawalan pertukaran asing

  • Mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan

5. Embargo

  • Perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu.

6. Sekatan bukan ekonomi

  • Sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan atau syarat syarat tertentu terhadap sesebuah negara
 
Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa
 
  1. Melindungi industri muda tempatan
  2. Menghadapi persaingan
  3. Sebagai sumber hasil kerajaan
  4. Mewujudkan peluang pekerjaan
  5. Memperbaiki imbangan pembayaran
  6. Keselamatan
  7. Mengatasi masalah lambakan
 
Kesan pelaksanaan tarif
 

Kesan positif tarif

  • Kerajaan memperoleh hasil daripada kutipan tarif.
  • Peningkatan guna tenaga dalam negara dan kadar pengangguran menurun

Kesan negatif tarif

  • Mengurangkan daya saing industri penggantian import untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran
  • Menghadapi tindak balas yang sama daripada negara yang dikenakan tarif
 
Kesan pemberian subsidi
 
  • Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
  • Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya secara relatif lebih rendah daripada barang import.
 
Kesan kuota import
 
Penawaran barang import dalam pasaran tempatan akan berkurang, harga barang diimport akan meningkat

 

Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa
 
  1. Mengurangkan penawaran barang import
  2. Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
  3. Mengurangkan pengangguran
  4. Meningkatkan pendapatan negara
  5. Memperbaiki imbangan pembayaran
  6. Melindungi industri tempatan
 
Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa
 
  1. Salah pengagihan sumber
  2. Merugikan pengguna
  3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil
  4. Mengurangkan eksport
  5. Mewujudkan monopoli
  6. Ketidakcekapan daam industri tempatan
 
 
Liberalisasi Perdagangan
Tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
 
 
Kebaikan liberalisasi perdagangan
 
  • Interaksi dan transaksi antara negara negara yang terlibat akan menjadi lebih intensif tanpa dibatasi oleh sebarang peraturan dan undang-undang.

  • Memudahkan aliran barang, perkhidmatan dan sumber antara negara.

  • Mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan skala pengeluaran, dan daya saing negara.

  • Membolehkan penempatan sumber negara kepada dalam industri yang berpotensi untuk memperoleh keuntungan yang maksimum.

  • Meningkatkan jumlah keuntungan firma dan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan untuk tenaga kerja yang pakar dalam jangka panjang.

  • Kemasukan pelaburan asing membantu merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi negara terutamanya industri yang berorientasikan eksport negara.

  • Mewujudkan persaingan yang sihat, menggalakkan usaha inovasi, dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran negara.

  • Menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

 
Keburukan liberalisasi perdagangan
 
  • Ketidakupayaan industri tempatan untuk bersaing dengan pelabur asing yang memasuki pasaran tempatan tanpa sekatan.
  • Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh negara maju dalam industri berteknologi tinggi seperti industri automotif dan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • Kewujudan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan biasanya merugikan negara sedang membangun.
  • Hasrat perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang moden dari negara maju tidak berlaku dengan sepenuhnya.
  • Pergantungan ekonomi negara terhadap pelaburan dan industri asing dari luar negara akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat tempatan.
  • Kemunculan kuasa monopoli akan menentukan pelbagai syarat dan peraturan yang menguntungkan pemodal asing, tetapi boleh merugikan negara dan rakyat setempat
 
 
Blok Ekonomi
Satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
 
 
Tujuan blok ekonomi: Melindungi negara ahli daripada barang import dari negara bukan ahli dan mengalakkan urus niaga barangan antara negara ahli.
 
Kesatuan Eropah (European Union, EU)
 
  • Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.
  • Blok ekonomi terbesar di dunia
 
Objektif penubuhan EU
 
  • Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota
  • Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara bebas
  • Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan negara anggota
  • Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan negara anggota.
  • Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota
 
 
Perjanjian Perdagangan
Perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa menjalankan urus niaga antara negara.
 
 
Perjanjian perdagangan disertai Malaysia
 
  1. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
  2. Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)
 
Kesan Positif Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
 
  1. Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
  2. Peluasan pasaran
  3. Mobiliti modal dan tenaga kerja
  4. Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)
  5. Pertambahan peluang pekerjaan
  6. Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan
  7. Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah
  8. Penjagaan alam sekitar
 
Kesan Negatif Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
 
  1. Kegawatan ekonomi
  2. Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
  3. Corak penjajahan baharu ekonomi
  4. Masalah lambakan barang
  5. Ancaman kepada industri muda tempatan
  6. Pencemaran terhadap budaya tempatan