Globalisasi

 
2.1 Globalisasi
 
 
  Globalisasi  
  Proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. Sempadan antara negara seolah-olah tidak wujud dan dunia dianggap sebagai satu unit.  
     
 

Ciri-ciri globalisasi

1. Pasaran baharu

  • Pasaran global dengan jenama global – KFC, Shell, Samsung dan lain-lain

2. Peserta baharu

  • Syarikat multinasioanal yang mengintegrasikan pengeluaran dan pemasaran serta mendominasi pengeluaran dunia

3. Kaedah komunikasi baharu

  • Lebih cepat dan murah. Internet dan komunikasi elektronik memudahkan interaksi

4. Peraturan dan norma baharu

  • Peluasan dasar ekonomi kapitalis ke seluruh dunia – penswastaan dan liberalisasi perdagangan
 
  Syarikat multinasional  
 

Firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak.

Cth: Axiata Group Berhad, Sime Darby Berhad, CIMB Group dan Maybank.

 
     
 

Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa

  1. Meluaskan pasaran
  2. Perlindungan perdagangan
  3. Kos pengangkutan tinggi
  4. Bahan mentah / hasil bumi yang unik
  5. Tenaga buruh dengan kemahiran khusus
 

Risiko bagi Syarikat Multinasional

  • Risiko kehilangan aset akibat peperangan dalaman atau luaran
  • Risiko perubahan parti politik di pasaran baharu – perubahan polisi baharu yang merugikan syarikat multinasional
  • Kekurangan kemudahan asas di sesetengah negara membangun menyukarkan proses komunikasi
  • Tenaga buruh tidak berkemahiran / bermotivasi
  • Bantahan daripada masyarakat di pasaran baharu kerana gaji rendah
  • Kesukaran mendapat balik keuntungan kerana pengaliran keluar keuntungan oleh syarikat multi nasional dihadkan oleh sesetengah negara.
 

Faktor Penggalak Globalisasi (Inisiatif Kerajaan)

1. Peranan kerajaan

  • mengamalkan sikap terbuka terhadap kemasukan syarikat multinasional

  • melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi melalui dasar kerajaan, undang- undang dan pelbagai insentif.

2. Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju

  • sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui penggunaan alatan teknologi secara interaktif.

3. Infrastruktur pengangkutan yang baik

  • meliputi pengangkutran darat, udara dan air - merupakan faktor penggalak yang besar dalam proses globalisasi.

4. Pelancongan

  • sektor pelancongan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara.
 
  Pelaburan Langsung Asing (FDI)  
  Pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu dari luar negara untuk memulakan operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di Malaysia.  
     
 
Beberapa cara FDI :
  1.  Membina kemudahan pengeluaran di negara lain
  2. Pengambilalihan syarikat asing
  3. Usaha sama dengan syarikat tempatan
  4. Membuka subsidiary
 
Manfaat / Kesan positif FDI
  1. Pertumbuhan ekonomi
  2. Pindahan Teknologi
  3. Meningkatkan kemahiran modal insan
  4. Meningkatkan modal pelaburan