Produktiviti dan Eksternaliti

 
4.2 Produktiviti dan Eksternaliti
 

Cara mencapai pertumbuhan ekonomi:

  1. Meningkatkan kuantiti input yang terdiri daripada buruh, modal, tanah, dan usahawan

  2. Meningkatkan kecekapan dalam penggunaan input iaitu buruh, modal, tanah dan usahawan

 
  Produktiviti / Daya Pengeluaran  
  Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan  
     
 

Fungsi produktiviti:

  1. Mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input seperti tenaga buruh, teknologi, peralatan, sistem, dan pengurusan
  2. Menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan
 
Produktiviti = \(\dfrac{\text{Output}}{\text{Input}}\)
 

Kepentingan produktiviti

  1. Peningkatan produktiviti
  2. Peningkatan output
  3. Peningkatan keuntungan atau daya saing firma
  4. Peningkatan upah pekerja
  5. Peningkatan pendapatan negara
  6. Peningkatan taraf hidup rakyat
 

Faktor mempengaruhi produktiviti

  1. Tenaga manusia
  2. Sistem dan prosedur
  3. Struktur organisasi
  4. Gaya kepimpinan
  5. Persekitaran kerja
  6. Bahan-bahan
  7. Teknologi
  8. Kelengkapan modal
 
  Eksternaliti  
  Kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan.  
     
 
  • Misalnya, pengeluaran yang dijalankan oleh kilang boleh menyebabkan pencemaran air jika bahan buangan firma disalurkan ke dalam sungai atau laut.
  • Kos ini tidak diambil kira dalam harga pasaran. Namun pada masa yang sama dengan adanya kilang-kilang ini, penduduk dapat peluang pekerjaan dan memperoleh pendapatan untuk membaiki taraf hidup.
  • Faedah ini juga tidak dimasukkan dalam harga pasaran.
 
 
  Kos Sosial  
  Kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran  
     
 

Contoh : Aktiviti pengeluaran minyak petroleum dan pembuangan sisa toksik kilang yang berleluasa

Kesan : Aktiviti ini menyebabkan pencemaran alam sekitar yang merugikan nelayan dan alam sekitar

 
  Faedah Sosial  
  Faedah kepada pihak ketiga selain pengguna dan pengeluar  
     
 

Contoh : Barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti hospital dan alat pemadam api

Kesan : penggunaan alat pemadam api memberi faedah kepada masyarakat sekeliling tanpa sebarang bayaran

 
 
  • Kos sosial = Kos peribadi + Kos luaran
 
  Kos Peribadi  
 

Kos nyata sesebuah kerajaan, firma atau individu.

Contoh: kos pembelian kereta, insurans
kereta

 
     
 
  Kos Luaran  
 

Kesan sampingan yang negatif yang ditanggung oleh pihak yang ketiga tanpa sebarang pampasan.

Contoh: seorang pemandu kereta tidak perlu menanggung kos kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

 
     
 
 
  • Faedah sosial = Faedah peribadi + Faedah luaran
 

Contoh: Seorang individu memilih menunggang basikal pergi bekerja.

Faedah Peribadinya:

  • Kos pengangkutan yang lebih rendah berbanding memandu kereta
  • Faedah kesihatan daripada menunggang basikal
  • Mengelak kesesakan lalu lintas dan menjimatkan masa perjalanan

Faedah sosial daripada itu juga mendaangkan faedah luaran:

  • Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
  • Kadar pencemaran alam sekitar yang lemah
  • Kos perubatan kesihatan yang lebih rendah kepada orang ramai
 
Jika sesuatu barangan mempunyai faedah luaran yang sangat menonjol, jumlah faedah sosial akan menjadi lebih besar daripada faedah peribadi