|
|
|
|
|
Permintaan |
Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu. |
|
|
Permintaan Berkesan |
Permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar. |
|
|
Hukum Permintaan |
Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya dengan andaian ceteris paribus. |
|
|
Ceteris Paribus |
Frasa Latin yang bermaksud hal atau faktor lain tidak berubah. |
|
|
Permintaan Individu |
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. |
|
|
Permintaan Pasaran |
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.
- Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh Rani dan Sofea pada setiap tingkat harga. Apabila harga menurun kepada RM40, RM30, RM20 seunit, semakin banyak kuantiti baju kemeja yang diminta oleh Rani dan Sofea, oleh itu permintaan pasaran turut meningkat iaitu masing-masing bertambah kepada 5 unit (2 + 3), 7 unit (3 + 4), dan 9 unit (4 + 5).
- Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta seperti yang dinyatakan dalam hukum permintaan. Keluk permintaan pasaran (\(D_PD_P\)) didapati lebih landai daripada keluk permintaan Rani (\(D_RD_R\)) dan keluk permintaan Sofea (\(D_SD_S\))
|
|
|
Jenis Penentu Permintaan |
- Harga barang itu.
- Bukan harga barang itu (faktor-faktor lain):
- Harga barang lain.
- Pendapatan pengguna.
- Citarasa.
- Jangkaan Harga Pada Masa hadapan.
- Musim.
- Dasar Kerajaan.
|
|
|
Harga Barang Itu |
Peningkatan harga sesuatu barang akan mengurangkan kuantiti diminta barang tersebut. |
|
|
Bukan Harga Barang Itu |
- Harga barang lain
- Perubahan harga barang pengganti.
- Barang pengganti merupakan suatu barang yang boleh diganti dengan mudah oleh barang lain / mempunyai fungsi yang sama.
- Mempunyai hubungan positif antara harga barang x dan kuantiti barang y.
- Contoh: Apabila harga daging menurun, maka permintaan ikan akan menurun.
- Perubahan harga barang penggenap.
- Barang yang perlu digunakan bersama-sama dengan barang lain.
- Mempunyai hubungan negatif antara harga barang x dan kuantiti barang y.
- Contoh: Apabila harga pencetak meningkat, permintaan dakwat katrij akan berkurangan kerana tidak ramai orang yang membeli pencetak.
- Pendapatan pengguna
- Apabila pendapatan \(\uparrow\) maka permintaan terhadap sesuatu barang juga \(\uparrow\).
- Citarasa pengguna
- Iklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubah cita rasa pengguna.
- Contoh: Iklan yang berjaya akan meningkatkan permintaan barang / pengguna suka terhadap barang itu maka jualan akan \(\uparrow\).
- Jangkaan harga pada masa akan datang
- Harga dijangka akan \(\uparrow\) pada masa hadapan, maka permintaan juga akan \(\uparrow\) pada masa kini.
- Musim
- Apabila tiba musim perayaan / awal persekolahan maka permintaan akan \(\uparrow\).
- Perubahan cuaca juga akan meningkatkan jualan.
- Contoh: Apabila cuaca panas, jualan ais krim akan \(\uparrow\).
- Dasar kerajaan
- Apabila kerajaan meningkatkan \(\uparrow\) kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan boleh guna individu \(\downarrow\), maka jualan barang akan turut \(\downarrow\).
- Sekiranya kerajaan memberikan bantuan seperti bantuan kewangan kepada rakyat, pendapatan pengguna akan \(\uparrow\) dan jualan.
|
|
|
Perubahan Dalam Kuantiti Diminta |
Merujuk kepada perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama. |
|
|
Perubahan Permintaan |
Ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal. |
|
|
Penawaran |
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu. |
|
|
Hukum Penawaran |
Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti ditawarkan dengan andaian ceteris paribus. |
|
|
Penawaran Firma |
Kuantiti barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. |
|
|
Penawaran Pasaran |
Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh setiap firma dalam pasaran.
|
|
|
Penentu Penawaran |
- Harga barang itu.
- Bukan harga barang itu:
- Harga faktor pengeluaran.
- Cuaca.
- Tingkat teknologi.
- Jangkaan harga masa depan.
- Matlamat pengeluar.
- Dasar kerajaan.
- Perubahan dalam kuantiti ditawarkan merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.
|
|
|
Perubahan Penawaran |
Peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran yang asal. |
|
|
Faktor Keluk Beralih ke Kanan |
- Harga faktor pengeluaran - menurun.
- Jangkaan harga masa depan - menurun.
- Cuaca baik.
- Tingkat teknologi berkembang /moden.
- Matlamat pengeluar – maksimumkan pengeluaran.
- Dasar kerajaan - pemberian subsidi.
|
|
|
Pasaran |
Suatu tempat atau situasi yang membolehkan penjual dan pembeli berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu.
- Secara langsung (pembeli dan penjual bertemu apabila menjalankan urusniaga seperti di kedai runcit).
- Secara tidak langsung (urusniaga secara atas talian/online contoh e-dagang).
|
|
|
Keseimbangan Pasaran |
- Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.
- Keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran – titik keseimbangan E (harga dan kuantiti keseimbangan dapat ditentukan).
|
|
|
Ketidakseimbangan Pasaran |
Jumlah permintaan pengguna tidak sama dengan jumlah penawaran pengeluar.
- Lebihan permintaan
- Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan pada harga tertentu.
- Kesan: Harga akan naik.
- Lebihan penawaran
- Kuantiti diminta kurang daripada kuantiti ditawarkan pada harga tertentu.
- Kesan: Harga akan turun.
|
|
|
Analisis Perubahan Keseimbangan Pasaran |
- Perubahan permintaan.
- Perubahan penawaran.
- Pertambahan permintaan & penawaran tetap
- Menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.
- Pengurangan permintaan & penawaran tetap
- Menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
- Pertambahan penawaran & permintaan tetap
- Menyebabkan harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan meningkat.
- Pengurangan penawaran & permintaan tetap
- Menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.
|
|
|