|
1.1 |
Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas |
|
|
Ilmu Ekonomi |
Satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. |
|
|
Kehendak |
Keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah.
- Kehendak manusia tidak terhad dan berbeza antara individu serta berdasarkan tingkat pendapatan dan cita rasa masing-masing.
- Apabila sesuatu kehendak telah dipenuhi, timbul pula kehendak-kehendak lain.
|
|
|
Kekurangan |
Keinginan manusia yang jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad. |
|
|
Masalah Kekurangan |
- Sumber ekonomi untuk firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan adalah terhad.
- Maka, penawaran firma juga terhad berbanding dengan permintaan.
- Oleh itu wujudlah masalah kekurangan.
|
|
|
Contoh Masalah Kekurangan |
- Pengguna tidak dapat membeli semua barang dikehendaki kerana pendapatan terhad.
- Petani tidak dapat menanam semua tanaman sebab tanah terhad.
- Program kerajaan tidak boleh dilaksanakan semuanya sebab peruntukan terhad.
|
|
|
Masalah Pilihan |
- Akibat daripada masalah kekurangan, unit-unit ekonomi harus membuat pilihan antara barang atau perkhidmatan yang dikehendaki.
- Masalah pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan.
|
|
|
Contoh Masalah Pilihan |
- Isi rumah memilih barang yang memaksimumkan kepuasannya.
- Firma memilih output yang mendatangkan keuntungan maksimum.
- Kerajaan memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan masyarakat.
|
|
|
Isi Rumah |
Seorang individu, sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi. |
|
|
Firma |
Sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan peekhidmatan. |
|
|
Kerajaan |
Sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial. |
|
|
Faktor Pengeluaran |
Sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Terdiri daripada tanah, modal, buruh dan usahawan.
|
|
|
Tanah |
- Sumber alam semula jadi.
- Penawaran tanah adalah terhad.
- Tidak mempunyai mobiliti tempat.
- Mempunyai mobiliti kegunaan.
- Ganjaran: Sewa.
- Contoh: Sumber dapat diperbaharui (hasil hutan dan laut) dan sumber yang tidak dapat diperbaharui (bijih timah).
|
|
|
Usahawan |
- Seorang individu yang kreatif,inovatif, berani menghadapi risiko dan tidak mudah berputus asa.
- Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
- Bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum.
- Ganjaran: Untung.
- Contoh: Pemilik kilang sarung tangan.
|
|
|
|
|
Buruh |
- Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran.
- Terdiri daripada buruh:
- Mahir - berpendidikan tinggi atau memiliki kemahiran profesional tertentu.
- Tak mahir - berpendidikan rendah atau tidak memiliki kemahiran profesional tertentu.
- Buruh mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah bertukar pekerjaan dan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Ganjaran: Upah.
- Contoh: Akauntan, Pegawai bank, arkitek dan operator pengeluaran.
|
|
|
Kos Lepas |
Setiap pilihan yang dibuat akan menyebabkan pilihan lain terpaksa dilepaskan, maka wujudlah kos lepas.
Masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas dikenali sebagai masalah ekonomi.
|
|
|
Keluk Kemungkinan Pengeluaran |
Keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran menerangkan perkaitan antara masalah kekurangan, pilihan & kos lepas.
|
|
|
Andaian menganalisis KKP |
- Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (pengangguran = 4% atau kurang daripada 4%).
- Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang.
- Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap.
- Tingkat teknologi adalah tetap.
|
|
|
|
|
Konsep Kos Lepas |
- Titik G - Masalah kekurangan.
- Sepanjang titik A,B, C dan D - Masalah pilihan.
- Titik F - Masalah pengeluaran yang tidak cekap.
\(\text{Kos lepas barang X}=\dfrac{\text{perubahan barang Y}}{\text{perubahan barang X}}\)
- Tanda negatif menunjukkan bentuk keluk KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan iaitu mempunyai kecerunan negatif.
- Kos lepas yang semakin meningkat ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk cembung ke titik asalan.
- Kos lepas yang semakin meningkat bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang yang lain dengan jumlah yang semakin meningkat pada setiap titik pengeluaran.
- Keluk Kemungkinan Pengeluaran berbentuk cembung - Menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
- Keluk Kemungkinan Pengeluaran bergaris lurus - menunjukkan kos lepas adalah malar.
|
|
|