Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil

 
4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil
 
Firma
Unit ekonomi yang produktif sama ada unit organisasi atau pengeluaran merancang dan menggabungkan faktor pengeluaran yang terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
 
 
Pengeluaran
Proses yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
 
 
Pengeluaran
 
  • Juga ditakrifkan sebagai suatu proses mengubah bentuk input(factor pengeluaran) kepada output(barang dan perkhidmatan)
  • Contoh: Minyak kelapa sawit akan diproses menjadi minyak masak atau bahan kosmetik
  • Pengeluar yang rasional akan memilih pengeluaran output yang dapat memaksimumkan keuntungan.
 
Input
Faktor pengeluaran atau sumber ekonomi yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
 
 
Dua jenis input:
 

1. Input tetap

  • Input yang kuantitinya tetap pada sebarang tingkat ouput
  • Apabila input meningkat atau menurun, kuantiti input tetap yang digunakan adalah tetap
  • Pada tingkat output sifar, masih wujud input tetap
  • Input tetap hanya berlaku dalam jangka masa pendek
  • Contoh : mesin dan loji, bangunan kilang dan tanah

2. Input berubah

  • Input yang kuantitinya berubah mengikut tingkat output
  • Apabila tingkat output bertambah, kuantiti input berubah yang digunakan akan bertambah dan sebaliknya
  • Pada tingkat output sifar, tidak wujud input berubah
  • Input berubah wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
  • Contoh : bahan mentah dan buruh
 
 
Output / Keluaran
Barang atau
perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma dalam
proses pengeluaran
 
 
Dua jenis output:
 

1. Barang perantaraan

  • Barang yang akan digunakan dalam proses pengeluaran seterusnya
  • Contohnya : tepung yang dihasilkan oleh sebuah firma digunakan oleh kilang biskut untuk membuat biskut

2. Barang akhir

  • Barang yang boleh digunakan terus oleh pengguna untuk mencapai kepuasannya
  • Contoh: Pakaian merupakan barang akhir kepada pengguna
 

 

 
Jangka Masa Pengeluaran
Keupayaan sesebuah firma mengubah kuantiti input tetap dalam proses pengeluaran
 
 
Dua jenis jangka masa pengeluaran:
 

1. Jangka masa pendek

  • Suatu tempoh apabila wujud sekurang-kurangnya satu input tetap dalam proses pengeluaran
  • Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran atau mengubah kapasiti pengeluaran
  • Tingkat output hanya boleh diubah dengan mengubah kuantiti input berubah
  • Contohnya : meningkatkan jumlah bilangan buruh untuk meningkatkan pengeluaran pakaian dengan sejumlah bilangan mesin jahit yang sama

2. Jangka masa panjang

  • Merujuk kepada suatu tempoh apabila semua input yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah
  • Firma dapat mengubah tingkat output dan keupayaan pengeluaran dengan mengubah semua input yang digunakan seperti mesin, bangunan kilang dan tanah
  • Firma dapat menambah modal, tingkatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti
  • Contohnya : meningkatkan jumlah bilangan buruh dan mesin jahit untuk meningkatkan pengeluaran pakaian
 
 Gambar menunjukkan FUNGSI PENGELUARAN JANGKA PENDEK iaitu Hubungan antara jumlah input dengan jumlah output, Menjelaskan jumlah input yang diperlukan untuk menghasilkan sejumlah kuantiti output pada suatu teknologi tertentu, Menunjukkan hubungan antara input berubah dengan output pada suatu tingkat input tetap yang diberikan dan Pengeluar dapat mengenal pasti kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap
 

 

 

 
Jumlah Keluaran
 
  • Merujuk kepada jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma
  • Jumlah keluaran = Keluaran Purata X Kuantiti Input Berubah
  • Hubungan antara jumlah keluaran dengan kuantiti buruh (input berubah) yang digunakan adalah seperti berikut :
    -Apabila tiada buruh digabungkan dengan mesin, tiada output yang dapat dihasilkan
    - Apabila buruh dikombinasikan dengan mesin, jumlah keluaran akan bertambah
    - Jumlah keluaran akan semakin bertambah apabila bilangan buruh bertambah sehingga keluaran mencapai nilai maksimum
    - Pertambahan input berubah yang seterusnya akan menyebabkan jumlah keluaran meningkat
    - Kesimpulannya, jumlah keluaran meningkat, mencapai nilai maksimumnya, dan kemudian menurun
 
Kelajuan Purata (AP)
 
  • Keluaran purata merujuk kepada jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh seunit input berubah
  • \(\text{Keluaran Purata} = \dfrac{\text{Jumlah Keluaran}}{\text{Kuantiti Input Berubah}}\)
  • Hubungan antara keluaran purata dengan kuantiti buruh yang digunakan adalah seperti berikut :
    - Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran purata akan bertambah sehingga mencapai nilai minimum
    - Seterusnya keluaran purata akan menurun. Keluaran purata tidak akan bernilai sifar selagi jumlah keluaran adalah positif
    - Kesimpulannya, keluaran purata meningkat, mencapai nilai maksimumnya, dan kemudian menurun
 
Keluaran Marginal/Sut
 
  • Merujuk kepada perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan satu unit input berubah
  • \(\text{Keluaran Marginal=}\dfrac{\Delta \text{ Jumlah Keluaran}}{\Delta \text{ Input Berubah}}\)
  • Hubungan antara keluaran marginal dengan kuantiti buruh yang digunakan adalah seperti berikut :
    - Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran marginal akan bertambah sehingga mencapai nilai maksimum
    - Kemudian keluaran marginal akan menurun sehingga mencapai nilai sifar
    - Akhirnya keluaran marginal bernilai negatif apabila jumlah keluaran mulai menurun.
 
Hubungan antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata dan Keluaran Sut
 

1. Hubungan antara Jumlah Keluaran & Keluaran Sut

  • Apabila Keluaran sut bernilai positif maka jumlah keluaran semakin meningkat
  • Apabila Keluaran sut bernilai sifar maka jumlah keluaran adalah maksimum
  • Keluaran sut negatif maka jumlah keluaran semakin menurun

2. Hubungan antara Keluaran Purata & Keluaran Sut

  • Keluaran Sut sama nilai dengan Keluaran Purata apabila Keluaran Purata mempunyai nilai maksimum
  • Keluaran Sut mencapai nilai maksimum lebih awal daripada keluaran Purata

3. Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata & Keluaran Sut

  • Apabila Jumlah Keluaran meningkat maka Keluaran Purata dan Keluaran Sut akan meningkat hingga ke nilai maksimum
  • Apabila Jumlah Keluaran menurun maka Keluaran Purata dan Keluaran Sut akan menurun.
 
Kos Pengeluaran
Segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses pengeluaran
 
 

Kos pengeluaran jangka pendek wujud sekurang-kurangnya satu input tetap, maka ia terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.

Kos pengeluaran jangka panjang pula, semua input digunakan adalah input berubah kerana firma berupaya mengubah input tetap menjadi input berubah. Maka ia terdiri daripada kos berubah sahaja.

 

 

 
Kos Tetap (FC)
Bayaran yang dilakukan oleh firma terhadap penggunaan input-input tetap dalam proses pengeluaran
 
  • Kos tetap tidak berubah/malar pada setiap tingkat output
  • Tetap wujud walaupun output sifar
  • Jumlah kos = kos tetap pada tingkat output sifar
  • Kos tetap hanya wujud dalam jangka pendek
  • Contoh : bayaran sewa untuk bangunan / tanah, insurans
  • Kos Tetap = Harga input tetap x kuantiti input tetap
  • atau, Kos Tetap = Jumlah kos – kos berubah
 
Kos Berubah (VC)
Bayaran yang dilakukan oleh firma terhadap penggunaan input-input berubah
 
 
  • Kos berubah akan berubah secara langsung dengan tingkat output
  • Semakin banyak output dihasilkan, semakin tinggi kos berubah yang perlu ditanggung
  • Kos berubah tidak wujud apabila output sifar.
  • Contoh : bayaran upah buruh, kos bahan mentah
  • Kos Berubah = Harga input berubah x kuantiti input berubah
  • atau, Kos Berubah = Jumlah kos – kos tetap
 
Kos Berubah Purata (Avc)
Kos berubah seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos berubah dengan jumlah output.
 
 
  • AVC pada mulanya menurun, dan kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah output
  • Ini adalah kerana hukum pulangan berkurangan di dalam operasi
  • Semakin banyak input digunakan, tambahan jumlah keluaran yang dihasilkan semakin berkurang.
  • Maka jumlah yang dibelanjakan ke atas input berubah per unit output akan semakin bertambah
  • Kos Berubah Purata (AVC) = \(\dfrac{\text{Kos Berubah (VC)}}{\text{Jumlah Keluaran (TP)}}\)
 
Jumlah Kos (Tc)
Kesemua jenis kos yang terlibat dalam proses pengeluaran output.
 
 
  • Jumlah kos dapat diperolehi dengan menjumlahkan kesemua jenis kos tetap dan jumlah kos berubah pada setiap tingkat output pengeluaran
  • Jumlah kos adalah bersamaan dengan jumlah kos tetap apabila tingkat output pengeluaran adalah sifar
  • Perubahan dalam jumlah kos adalah sama sejajar dengan perubahan dalam jumlah kos berubah (kerana kos tetap tidak berubah pada setiap tingkat output)
  • Semakin tinggi tingkat output pengeluaran, semakin tinggi jumlah kos dan sebaliknya.
  • Jumlah kos (TC) = Jumlah kos tetap (TFC) + Jumlah kos berubah (TVC)
 

 

 
Kos Purata (Ac)
Kos seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan jumlah output pengeluaran
 
 
  • Pola kos purata ialah semakin menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum dan seterusnya meningkat semula
  • Kos Purata (AC) = \(\dfrac{\text{Jumlah Kos (TC)}}{\text{Jumlah Output (TP)}}\)
 
Kos Marginal (Mc)
Perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan dalam seunit output.
 
 
  • Kos Marginal (MC) = \(\dfrac{\text{Perubahan jumlah kos }(\Delta TC) }{\text{Perubahan jumlah output }\Delta TP}\)
  • Dalam jangka masa pendek, perubahan dalam jumlah kos adalah bersamaan dengan perubahan dalam kos berubah untuk setiap tingkat perubahan output – kerana kos tetap adalah malar (sama) di sepanjang proses pengeluaran
  • Kos Marginal (MC) = \(\dfrac{\text{Perubahan kos berubah }(\Delta VC) }{\text{Perubahan jumlah output }\Delta TP}\)
 
Hubungan antara ...
 

1. Jumlah Output dengan Jumlah Kos

  • Jumlah kos berhubung positif dengan jumlah output
  • Didapati perubahan jumlah kos sama dengan perubahan jumlah kos berubah pada setiap tingkat output.

2. Jumlah Output dengan Kos Purata

  • Kos purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat.

3. Jumlah Output dengan Kos Marginal

  • Kos marginal menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat.

4. Kos Purata dengan Kos Marginal

  • Apabila jumlah output meningkat, kos purata dan kos marginal semakin menurun sehingga mencapai nilai minimum masing-masing
  • Kemudian kos purata dan kos marginal akan meningkat apabila jumlah output meningkat
  • Apabila kos purata semakin menurun, kos marginal lebih rendah daripada kos purata (MC < AC) pada setiap tingkat keluaran dan sebaliknya

5. Output dengan Kos Berubah Purata

  • Kos berubah purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum dan kemudian meningkat semula
 
Titik Penutupan Operasi Firma dalam Jangka Pendek
 
  1. P > AVC (Teruskan operasi)
    - Jumlah hasil dapat menampung kesemua VC dan sebahagian TC
  2. P = AVC (Teruskan operasi)
    - Jumlah hasil dapat menampung kesemua kos berubah (VC) sahaja
  3. P < AVC (Berhenti Operasi)
    - Jumlah hasil tidak dapat menampung semua VC
 
Ringkasan:
 
  1. Apabila output meningkat,|
    (a) Jumlah kos semakin meningkat
    (b) Kos purata, kos marginal dan kos berubah purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat
  2. Hubungan antara kos purata (AC) dengan kos marginal (MC) :
    (a) Apabila AC menurun, MC < AC
    (b) Apabila AC minimum, MC = AC
    (c) Apabila AC meningkat, MC > AC

 

 

Konsep Hasil

Hasil
Jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya.
 
 
  • Jumlah hasil merupakan pendapatan kepada firma.
  • Jumlah hasil (TR) = Harga (P) X Kuantiti Jualan (Q)
  • Cara firma menambahkan jumlah hasilnya :
    - Meningkatkan harga barang
    - Menambahkan kuantiti jualan keluarannya
 

Konsep Untung

Untung
Perbezaan antara jualan hasil dengan jumlah kos
 
 
  • Untung = Jumlah hasil - Jumlah kos
  • Untung merupakan ganjaran kepada usahawan atas usahanya menggabungkan faktor- faktor pengeluaran dan sanggup menanggung risiko ketidakpastian perniagaan

  • Dari segi ekonomi, jumlah kos terdiri daripada kos implisit dan kos eksplisit

 
Kos Implisit

Kos yang sepatutnya dibayar kepada faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran

Cth: ganjaran upah kepada pemilikan sendiri, kos sewa tanah

 
 
Kos Eksplisit

Kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.

Cth: bayaran upah buruh, kos bahan mentah,

 
 
  • Rumus untung ekonomi : Untung ekonomi = Jumlah hasil - (Kos eksplisit + Kos implisit)
 
Hukum Pulangan Berkurangan
Apabila suatu input berubah (misalnya buruh) ditambahkan secara berterusan kepada satu input tetap (misalnya tanah), maka jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah
 
 

Andaian:

  1. Terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap
  2. Input berubah adalah homogen (sifat yang sama antara satu unit dengan lain)

  3. Tingkat teknologi pengeluaran tidak berubah

 

Tahap I

  • Jumlah keluaran bertambah dengan kadar cepat
  • Pulangan marginal bertambah

Tahap II

  • Jumlah keluaran bertambah dengan kadar perlahan
  • Pulangan marginal berkurang

Tahap III

  • Jumlah keluaran merosot
  • Pulangan marginal negatif