|
3.3 |
Penggunaan Pendapatan Individu |
|
|
Konsep Pendapatan Boleh Guna |
Bukan semua pendapatan yang diterima boleh dibelanjakan kerana pendapatan individu tertakluk kepada potongan wajib iaitu caruman KWSP, caruman PERKESO, zakat dan cukai pendapatan perseorangan.
Pendapatan boleh guna ialah pendapatan sebenar individu yang boleh dibelanjakan setelah ditolak semua potongan wajib.
Formula pendapatan boleh guna = Pendapatan individu - potongan wajib.
|
|
|
Potongan Wajib |
- Potongan wajib ialah bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang atau diwajibkan dalam rukun Islam.
- Potongan wajib akan mengurangkan pendapatan semasa individu tetapi memberi jaminan pendapatan pada masa hadapan.
- Potongan wajib terdiri daripada;
(a) KWSP - menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan ahli secara cekap dan amanah.
(b) PERKESO - memberi perlindungan keselamatan sosial melalui insurans sosial seperti membayar faedah perubatan dan wang untuk pekerja yang mengalami risiko dan menyediakan bekalan prostetik dan pemulihan bagi pekerja.
(c) Zakat - dikenakan ke atas orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.
(d) Cukai pendapatan individu - wajib dibayar oleh rakyat yang menerima pendapatan melebihi tahap tertentu.
|
|
|
Perbezaan Keperluan dan Kehendak |
- Perkara asas yang mesti dipenuhi.
- Untuk meneruskan kehidupan.
- Bilangannya terhad.
- Mudah dipenuhi.
- Harga barang stabil dan dikawal oleh kerajaan.
- Perlu dipenuhi / wajib oleh semua orang.
- Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan.
- Contohnya: Makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
|
- Perkara yang tidak semestinya dipenuhi.
- Untuk hidup lebih selesa / mewah.
- Bilangannya tidak terhad.
- Sukar dipenuhi.
- Harga barang kehendak tidak dikawal oleh kerajaan.
- Tidak perlu dipenuhi oleh semua orang.
- Dipengaruhi oleh saiz pendapatan.
- Contohnya: Kereta, telefon bimbit dan pakej pelancongan.
|
|
|
Pendapatan Boleh Guna |
Pendapatan boleh guna = Perbelanjaan penggunaan + Tabungan |
|
|
Perbelanjaan Penggunaan Individu |
- Barang yang tempoh penggunaannya melebihi setahun.
- Biasanya barang kehendak.
- Contohnya: Perabot, kereta.
|
2. Barang Tidak Tahan Lama |
- Tempoh penggunaan singkat, kurang setahun.
- Biasanya barang keperluan.
- Contohnya: Makanan.
|
- Tetap: Pendidikan dan pengangkutan.
- Tidak tetap: Pelancongan dan hiburan.
|
|
|
Faktor Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Isi Rumah |
- Pendapatan meningkat, perbelanjaan pengguna juga akan meningkat.
|
- Harga meningkat apabila permintaan melebihi penawaran (dan sebaliknya).
|
3. Pengiklanan dan Pemasaran |
- Pemasaran - aktiviti menyalurkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.
- Pengiklanan - komunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk untuk memujuk pelanggan.
|
- Biasanya barangan bukan keperluan asas mempunyai banyak barang pengganti.
|
5. Cita rasa dan Segmen Pasaran |
- Cita rasa mempengaruhi corak perbelanjaan kerana kehendak yang tidak terhad berbanding pendapatan yang terhad.
- Segmen pasaran bermaksud membahagikan pasaran kepada sub-unit kecil berdasarkan kumpulan pengguna tertentu.
|
|
|
Dua Kaedah Pembayaran |
- Pelanggan membayar dengan wang tunai sebaik sahaja menerima barang atau perkhidmatan.
|
- Bayaran yang ditangguh untuk suatu tempoh masa tertentu, namun pengguna boleh menggunakan barang sebelum menjelaskan harga penuh.
|
|
|
Fitur dalam Pembelian Kredit |
- Peniaga lazimnya meminta pengguna membayar sejumlah wang sebagai bayaran pendahuluan untuk belian barang secara kredit.
- Jumlah yang dibayar bergantung kepada harga barang dan juga atas pertimbangan penjual.
- Bayaran pendahuluan perlu dipulangkan oleh penjual sekiranya barang tidak dapat diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Penjual berhak untuk menghapus kira bayaran pendahuluan yang dibayar oleh pengguna sekiranya pengguna enggan menunaikan kewajipannya.
|
- Ditentukan oleh pihak yang memberi kemudahan kredit seperti bank perdagangan dan syarikat kredit.
- Jumlah faedah bergantung kepada bayaran balik pinjaman dan bayaran pendahuluan yang dibuat serta jenis produk yang dibeli.
- Kebiasaannya kadar faedah untuk pembelian kereta adalah tetap dalam tempoh bayaran.
- Pembelian rumah secara kredit pula tertakluk kepada kadar faedah terapung yang bergantung kepada kadar asas (BR) dan kadar efektif pembiayaan indikatif (IELR) yang ditetapkan oleh bank pusat.
|
- Caj yang dikenakan kepada pemegang kad kredit oleh pengeluar kad kredit ke atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh.
- Caj kewangan akan dikira berdasarkan baki harian.
|
4. Jumlah yang Perlu Dibayar |
- Jumlah yang perlu dibayar = (Harga belian - Deposit) + Jumlah faedah yang dikenakan.
|
|
|
Belanjawan Peribadi |
Anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan boleh guna seseorang individu untuk tempoh tertentu.
- Belanjawan peribadi membantu individu mencapai matlamat kewangan.
- Kepentingan matlamat kewangan:
- Menggalakkan perbelanjaan secara berhemat.
- Membantu individu memahami nilai sebenar wang.
- Mempunyai simpanan.
- Supaya mempunyai lebihan setiap bulan.
|
|
|