Pendapatan Individu

 
3.2 Pendapatan individu
 

Kategori dalam sektor ekonomi:

1. Sektor utama / primer

  • Mengeluarkan hasil daripada alam semulajadi / hasil bumi tanpa mengubah bentuk asal barang berkenaan
  • Sektor ini penting dalam menyediakan bahan mentah kepada industri tempatan
  • Terbahagi kepada :
    (a) Pertanian, perikanan dan penternakan
    (b) Perhutanan dan pembalakan
    (c) Perlombongan dan kuari
  • Contoh pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pembalak

2. Sektor kedua / sekunder

  • Aktiviti memproses barang-barang yang dihasilkan daripada sektor utama menjadi barang separuh siap dan barang siap.
  • Terbahagi kepada :
    (a) Perkilangan – hasilkan brg elektrik & elektronik, kain & tekstil dll
    (b) Pembinaan – membina rumah, kedai, jalan raya
  • Contoh pekerjaan : pengurus kilang, jurutera kilang, operator, buruh binaan

3. Sektor ketiga / perkhidmatan

  • Sektor ekonomi yang memberi dan mengeluarkan perkhidmatan.
  • Terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
    (a) Perkhidmatan pengeluaran – pengangkutan, perbankan, insurans
    (b) Perkhidmatan awam – pertahanan, pendidikan, infrastruktur
    (c) Perkhidmatan lain – sosial, perhotelan, persendirian (salon,solekan)
  • Contoh pekerjaan : jurutera elektrik, pemandu, pegawai bank, peniaga, guru, doktor
 

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan:

1. Upah wang

  • Ganjaran yang diterima oleh individu yang bekerja dengan majikan / orang lain
  • Upah mungkin dibayar mengikut jam atau bilangan hari bekerja
  • Penentu utama pemilihan pekerjaan
  • Semakin tinggi upah wang, semakin ramai individu akan menceburi pekerjaan tersebut
  • Kadar upah yang dibayar bergantung kepada pengalaman kerja dan kemahiran yang dimiliki, kelayakan akademik, risiko pekerjaan, kesatuan sekerja dan faktor permintaan dan penawaran buruh

2. Faedah sampingan

  • Insentif yang diberikan oleh seseorang majikan kepada pekerja agar lebih bermotivasi atau kekal bekerja dengannya
  • Contoh faedah sampingan – bonus tahunan, perkhidmatan perubatan uniform percuma , tempat tinggal, skim insurans, pinjaman, elaun dan lain-lain

3. Jaminan kerja

  • Individu tertarik dengan pekerjaan yang mempunyai jaminan kerja yang tinggi
  • Pekerja sektor awam mempunyai jaminan kerja yang lebih tinggi berbanding pekerja sektor swasta
  • Pekerjaan seperti operator tol mempunyai jaminan kerja yang rendah kerana perkembangan teknologi (contoh ; touch n go / smart tag)

4. Jarak

  • Jika jarak tempat kerja dengan kediaman individu dekat, mereka cenderung memilih pekerjaan tersebut dan sebalik jika jarak jauh biasanya individu kurang beminat dengan pekerjaan tersebut.

5. Suasana tempat kerja

  • Individu suka bekerja di tempat kerja yang selesa dan selamat
  • Individu juga ingin bekerja dengan rakan sekerja yang mesra serta diberi waktu rehat yang kerap
  • Pekerjaan yang memberi lebih keselesaan akan menjadi pilihan individu.

6. Kepuasan kerja

  • Kecenderungan individu memilih pekerjaan yang akan memberi kepuasan kepadanya
  • Jika individu minat dalam bidang computer, maka ia pilih pekerjaan spt jurutera komputer / pengaturcara program dan sebagainya.

7. Kelayakan akademik dan kemahiran

  • Sesetengah pekerjaan memerlukan kelulusan akademik / kemahiran.
  • Individu layak memohon sesuatu pekerjaan jika mempunyai kelulusan akademik / kemahiran yang sesuai seperti ditetapkan.

8. Prospek pekerjaan

  • Berkaitan masa depan pekerjaan - cerah / berpotensi
  • Pekerjaan yang mempunya prospek yg baik seperti kenaikan pangkat , individu lebih tertarik dengan pekerjaan tersebut, sebaliknya jika pekerjaan tiada prospek individu kurang minat pekerjaan tersebut.

9. Keadaan ekonomi semasa

  • Ekonomi meleset, sukar untuk individu memilih pekerjaan kerana peluang kerja terhad , sebaliknya keadaan ekonomi baik (melambung) wujud banyak peluang kerja dan individu lebih mudah mencari pekerjaan.

10. Waktu bekerja

  • Waktu pejabat biasa / shift / waktu kerja tidak tetap
  • Individu suka memilih pekerjaan pada waktu pejabat biasa.

11. Pengaruh keluarga

  • Individu yang memilih sesuatu pekerjaan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Contoh ibu bapa bekerja sebagai peguam, berkemungkinan anak akan bekerja sebagai peguam juga.

12. Saiz firma

 
  Pendapatan Individu  
 

Merujuk kepada ganjaran berbentuk wang yang diterima oleh individu dalam tempoh masa tertentu.

Terbahagi kepada 2 jenis pendapatan iaitu pendapatan produktif dan pendapatan tidak produktif

 
     
 

Pendapatan produktif merujuk faktor pengeluaran yang memberi sumbangan dalam ekonomi seperti:

1. Upah wang

  • Ganjaran yang diterima oleh buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
  • Diterima oleh individu yang bekerja dengan orang lain / majikan

2. Faedah

  • Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupan menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang / kesanggupan menghadapi risiko

3. Sewa

  • Ganjaran kepada pemilik harta kerana memberi hak penggunaan harta kepada orang lain yang penawarannya terhad.

4. Untung

  • •Ganjaran yang diterima oleh usahawan yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran.

5. Dividen

  • Sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham, contohnya dividen ASB / dividen KWSP
 

Pendapatan tidak produktif adalah bayaran pindahan atau bayaran yang diterima oleh seseorang individu tanpa menyumbangkan apa-apa terhadap proses pengeluaran. Cth: bayaran pencen, biasiswa, hadiah, bantuan kebajikan

 
Pendapatan individu = upah + faedah + sewa + dividen + untung + bayaran pindahan
 

Jenis pendapatan individu

Upah/gaji

  • Ganjaran yang dibayar kepada buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental terhadap proses pengeluaran
  • Upah dibayar mengikut masa bekerja atau mengikut output yang dihasilkan
  • Upah terbahagi kepada:
    (a) Upah wang / upah nominal - upah yang diterima oleh seseorang pekerja pada suatu masa tertentu
    (b) Upah benar - kuasa beli upah wang dan kemampuan seseorang individu gunakan upah wang untuk beli barang dan perkhidmatan. Upah benar dapat menentukan taraf hidup. Upah benar dipengaruhi oleh harga barang. Kenaikan harga barang akan menyebabkan upah benar menurun (hubungan
    positif). Upah benar = Upah wang / Harga Purata Barang

Faedah

  • Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang
  • Diterima oleh individu yang menyimpan wang di bank atau memberi pinjaman kepada orang lain
  • Faedah dibayar kerana individu sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang dan berpisah dengan wang tunai serta menanggung risiko kejatuhan nilai wang
  • Faedah = Jumlah simpanan (RM) X Kadar faedah (%) X Tempoh simpanan (TAHUN)

Sewa

  • Ganjaran kepada pemilik faktor tanah seperti tanah, bangunan dan rumah kerana beri hak penggunaan harta berkenaan kepada orang lain yang penawarannya terhad
  • Kadar sewa bergantung kepada permintaan, lokasi dan kegunaan tanah

Untung

  • Ganjaran yang diterima oleh usahawan
  • Usahawan akan kombinasikan sumber-sumber ekonomi untuk keluarkan barang
  • Usahawan menerima untung kerana berani menanggung risiko, mengeluarkan idea
    perniagaan serta menguruskan perniagaan dengan jayanya
  • Untung = Jumlah hasil - Jumlah kos

Dividen

  • Sebahagian daripada pendapatan syarikat yang diagihkan kepada pemegang- pemegang saham bagi setiap unit saham yang dimiliki

  • Contoh : ASB, ASN

  • Dividen juga dibayar kepada individu yang menyimpan wangnya di Bank Islam.

Bayaran pindahan

  • Pendapatan atau wang yang diterima oleh seseorang indvidu yang tidak memberi sumbangan dalam proses pengeluaran dalam ekonomi
  • Contoh : pencen, biasiswa, subsidi petani, bantuan orang cacat, hadiah, kebajikan masyarakat, buku teks, pampasan, derma
 

Kaitan antara pelbagai kerjaya dengan matlamat peribadi

1. Pilihan kerjaya

  • Pekerjaan yang berisiko tinggi biasanya dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan yang berisiko rendah
  • Contohnya ; gaji pekerja industri minyak dan gas lebih tinggi berbanding kerani akaun

2. Pilihan pendidikan

  • Individu yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi lazimnya menerima gaji yang lebih tinggi berbanding individu yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah
  • Contohnya ; individu berkelulusan diploma lebih tinggi gajinya berbanding kelulusan SPM sahaja

3. Kemahiran

  • Individu yang mempunyai kemahiran khusus seperti IT, lesen memandu atau mempunyai kemahiran bertutur lebih dari 1 bahasa menerima gaji yang lebih tinggi

4. Keusahawanan

  • Individu yang mempunyai sifat keusahawan seperti kebolehan mencipta sesuatu, mengubahsuai produk sedia ada, berani menanggung risiko serta berwawasan mampu memperoleh pendapatan yang tinggi

5. Keadaan ekonomi

  • Individu yang dibayar gaji lebih tinggi semasa ekonomi melambung dan sebaliknya dibayar gaji rendah semasa ekonomi meleset