Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

1.2

Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

 
 

Masalah asas ekonomi terdiri daripada:

1. Apa yang Hendak Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan.
  • Pengeluar akan memilih untuk mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
  • Diselesaikan berdasarkan permintaan/cita rasa masyarakat.
  • Dapat menentukan corak agihan/peruntukan sumber dalam ekonomi.
  • Dapat memastikan pengguna memperoleh kepuasan yang maksimum.
  • Pengeluar memperoleh keuntungan yang maksimum, dan kerajaan menjana kebajikan masyarakat yang maksimum.
 
2. Berapa yang Hendak Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan.
  • Persoalan ini adalah untuk memastikan tidak berlaku masalah kekurangan atau lebihan sesuatu barangan dalam pasaran.
  • Masalah kekurangan barang akan menyebabkan kenaikan harga barang.
  • Masalah lebihan barangan pula akan menyebabkan stok sesuatu barangan bertambah dan membawa kepada penurunan harga.
  • Persoalan ini dapat ditentukan berdasarkan permintaan masyarakat dan faktor pengeluaran yang diperuntukkan untuk mengeluarkannya.
 
3. Bagaimana Hendak Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan cara/kaedah/teknik pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan.
  • Pengeluar harus menggabungkan faktor pengeluaran secara optimum untuk meminumkan kos pengeluaran.
  • Memilih sama ada menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal atau berintensifkan buruh.
  • Kaedah berintensifkan modal bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor modal berbanding dengan faktor buruh.
  • Kaedah berintensifkan buruh bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor buruh berbanding dengan faktor modal.
  • Pemilihan cara pengeluaran dibuat berrdasarkan harga relatif antara faktor buruh dan faktor modal atau teknik pengeluaran yang paling cekap.
  • Jika harga faktor buruh secara relatif lebih murah berbanding dengan faktor modal, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh dan sebaliknya.
 
4. Untuk Siapa Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan corak pengagihan barangan kepada masyarakat yang menjadi sasaran.
  • Penyelesaian ini berasaskan kepada corak agihan pendapatan wang iaitu bergantung kepada kemampuan/kuasa beli masyarakat.
  • Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya memperoleh lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.
 

Tiga jenis sistem ekonomi yang utama:

  1. Sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB)
  2. Sistem ekonomi campuran (SEC)
  3. Sistem ekonomi perancangan pusat  (SEPP)
 
Perbandingan Ciri-ciri 3 Sistem Ekonomi
1. Pemilikan Faktor Pengeluaran

SEPB

  • Pengguna/pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran.

SEC

  • Pengguna/pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran.
  • Kerajaan campur tangan untuk mengeluarkan barang awam bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat.

SEPP

  • Kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk memiliki faktor pengeluaran dan keluarkan barang dan perkhidmatan.
 
2. Penentu Kehendak

SEPB

  • Pengguna/pengeluar bebas membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
  • Pengguna bebas menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti).
  • Pengeluar bebas membuat keputusan tentang penggunaan faktor pengeluaran untuk memaksimumkan keuntungan.

SEC

  • Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
  • Pengguna bebas menentukan corak permintaan barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti)
  • Pengeluar bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan keuntungan.
  • Kerajaan mengeluarkan barang bagi menjaga/memaksimumkan kebajikan masyarakat.

SEPP

  • Kerajaan membuat semua keputusan tentang masalah asas ekonomi.
  • Kerajaan merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran kepada masyarakat dan agihan barang dan perkhidmatan.
 
3. Pembuat Pilihan

SEPB

  • Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
  • Pengeluara bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos.

SEC

  • Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
  • Pengeluara bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos.
  • Kerajaan mengawal kebebasan melalui undang-undang untuk mengelakkan penyelewengan.

SEPP

  • Pengguna tidak bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
  • Pengeluar tidak bebas menggunakan faktor pengeluaran.
 
4. Contoh Negara

SEPB

  • Amerika Syarikat dan Hong Kong

SEC

  • Malaysia dan Thailand

SEPP

  • Korea Utara dan Cuba
 
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
1. Apa yang hendak dikeluarkan

SEPB

  • Diselesaikan oleh kuasa permintaan pengguna dan kuasa penawaran pengeluar.
  • Pengguna bebas memilih barang untuk memaksimumkan utiliti.
  • Pengeluar mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.

SEC

  • Diselesaikan melalui kuasa pasaran/mekanisme harga dan kuasa kerajaan.
  • Pengguna bebas memilih barangan untuk memaksimumkan kepuasan.
  • Pengeluar swasta bebas mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
  • Kerajaan keluarkan barang awam/barang yang tidak dikeluarkan oleh firma swasta untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.

SEPP

  • Diselesaikan oleh kuasa kerajaan/badan perancangan pusat.
  • Kerajaan berkuasa mutlak menentukan jenis barang.
  • Kerajaan keluarkan barang awam.
 
2. Berapa hendak dikeluarkan

SEPB

  • Diselesaikan melalui mekanisme harga/kuasa pasaran.
  • Interaksi kuasa permintaan dan kuasa penawaran menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan.

SEC

  • Firma keluarkan barang ekonomi berdasarkan mekanisme harga / permintaan dan penawaran.
  • Interaksi antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran menentukan jumlah barang ekonomi.
  • Kerajaan keluarkan barang awam ikut keperluan masyarakat.
  • Kerajaan akan menambah barang yang tidak cukup dikeluarkan oleh pihak swasta.

SEPP

  • Diselesaikan melalui kuasa mutlak kerajaan.
  • kuantiti barang yang dikeluarkan mengikut keperluan masyarakat supaya mencukupi.
 
3. Untuk siapa dikeluarkan

SEPB

  • Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap/meminimumkan kos.
  • Pilih samada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah.
  • Kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap pada kos pengeluaran yang minimum akan dipilih oleh pengeluar

SEC

  • Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap/meminimumkan kos pengeluaran.
  • Pilih samada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah.
  • Bagi barang ekonomi, firma swasta pilih cara pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan.
  • Bagi barang awam, kerajaan pilih cara pengeluaran paling cekap untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.

SEPP

  • Diselesaikan oleh kerajaan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap/meminimumkan kos pengeluaran/mengurangkan pengangguran.
  • Matlamat kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat.
 
4. Untuk siapa dikeluarkan

 

SEPB

  • Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang.
  • Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi dan akan dapat lebih banyak barang.
  • Agihan kekayaan dalam masyarakat adalah tidak sama rata.

SEC

  • Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang bagi barang ekonomi.
  • Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi memperoleh lebih banyak barang.
  • Pihak kerajaan akan agihkan barang untuk semua individu.
  • Kerajaan campur tangan dalam agihan barang melalui sistem percukaian dan subsidi.
  • Kerajaan mengagih barang awam kepada semua individu.

SEPP

  • Diselesaikan oleh kerajaan.
  • Memastikan barangan diagih secara adil.
  • Menggunakan sistem kupon/catuan.
  • Kerajaan kawal harga barang untuk menjamin kebajikan masyarakat.
 
Ciri-ciri Ekonomi Islam
1. Ciri-ciri utama ekonomi islam
  • Matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
  • Segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
  • Keputusan ekonomi mestilah berdasarkan prinsip dan hukum Islam iaitu Al-Quran dan Hadis.
  • Pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup Islam.
  • Aktiviti ekonomi yang tidak halal seperti penyeludupan, perjudian, pengedaran dadah dan penipuan adalah diharamkan sama sekali.
 
2. Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu
  • Individu dan swasta adalah bebas mencari/memiliki kekayaan di dunia demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam.
  • Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
  • Pengguna mempunyai kebebasan memilih barang/perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi.
  • Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan asalkan mematuhi hukum syarak.
  • Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang undang dan peraturan.
 
3. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat
  • Kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu.
  • Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat terjamin.
  • Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
  • Setiap individu dijamin memperolehi barang keperluan asas.
  • Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan.
  • Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk diagihkan kekayaan mereka kepada golongan yang kurang kemampuan/golongan yang layak menerima zakat.